Assalamualaikum





Welcome and Selamat Datang to Momzie's Chocblog.



Blog asal kepunyaan Nenek Kebayan ni dah diwariskan pada mama untuk tempek segala mcm mengenai cokelat dan juga aktiviti kelas cokelat mama.



KELAS ASAS 'HOMEMADE CHOCOLATE CANDY PADA 15/01/2011 JAM 2.00 PTG. YURAN RM250/-. DI BAYAN BARU, PENANG. SMS / TALIPON 019 5434174
- FULL HOUSE...


Monday, July 31, 2006

Cheesecake

My favourite cakes are cheese and chocolate cakes.

LEMON/ORANGE CHEESECAKE NENEKKEBAYAN
Cheesecake ni.. takde base.. tak kose... takde masa... hehehehe

500 gm cream cheese philadelphia
4 biji telur - nenek guna gred A
200 gm whipping cream
150 gm gula castor
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar chocolate rice
2 sudu besar oren sunquick
1/2 sudu teh oren paste

Memula tu..nenek putau creamcheese yang dah "room temperature" tu dengan gula... sampai dia kembang membang... hahaha....then nenek masukkan telur... then masukkan whipping cream dan kacau lagi dan kemudian masukkan tepung. Last sekali masukkan chocolate rice kacau sama dia satu persatu...pastu nenek masukkan sunquick dan oren paste.

Sementara tu.. sambil-sambil tu dah siapkan tray dia dah alas ngan aluminium foil dah letak air kat dalam oven.....

Then nenek pun tuanglaaa adunan tu dalam acuan springform tu...
curah semula dalam acuan dan letak dalam air tadi dan bakar...

Masa/Time dan temp jangan tanya ekkk.. sebab lain oven lain masa dan suhunya.... Oven nenek.... nenek letak 150 jerrrrr...bakar dalam 1jam.. pastu nenek tinggalkan dalam oven.. pagi baru kuarkan...(sebelum tu dah bawak kuar laaa dulang air untuk steambath tu)

Monday, July 10, 2006


DODOL ROSHAYATI KULIM


Resipi ni nenek cilok dari mailing list Resipidotnet... pegi arrr sana.. banyak resipi yang sedap-sedap ooooooo....

Ni dodol yang dibuat oleh cucu nenek Roshayati dari Kulim.. rajinnya dia... dan dodolnya ni.. memang sedapppp... cukup ngan santan dan manisnya... dan berkilat cantikkkk


Salam

Dah lama rasanya saya tak bagi apa2 feedback dalam RNet nih.
Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada Supermod Jeni atas kejayaan melangkah setapak lagi ke depan dengan tertubuhnya RNet ni.
Juga untuk mods yang lain sama ada yang lama dan yang baru. Hmmm....mama tu dah naik pangkat jadi Supermod jugak ke????

Ok la berbalik pada tujuan asal. Seminggu yang lalu, atas rasa "teringin nak makan", saya kacau dodol perisa durian. Memandangkan sekarang ni musim durian dan murah serta senang nak dapat kat tempat saya ni, saya pun buat dodol perisa durian.
Saya kacau dalam kuali biasa je atas dapur gas dengan api yang betul2 kecil (macam nak padam api tu) selama lebih kurang 5 jam. Tapi tidak lah saya mengacau tak henti2. Boleh ditinggalkan dan datang kacau sekali-sekala. Api kecil so susahlah nak hangus atau berkerak kat bahagian bawah.

Setelah saya beri rasa pada pakar dodol asal Melaka yang sekarang menetap di Penang, dia thumb up dan approve so boleh la saya proceed dan tempek resipi di sini.
Sebenarnya dodol ni memang saya buat setiap kali raya (puasa & haji). Memang kesukaan anak2 saya dan ahli keluarga yang lain.

500g tepung pulut
5 cawan santan cair

Bancuh tepung pulut dengan santan cair hingga sebati. Tapiskan.

1 kg gula merah
1 kilo gula pasir
1 kg pati santan

Masak bahan di atas hingga gula hancur.

Isi durian ikut selera

Campur smua bahan di atas dan masak atas api kecil. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus. Kacau hingga terbit minyak dan adunan tidak melekat ditangan bila dipegang.

Lagi lama dikacau dengan api kecil, dodol akan tahan lama.

PUDING MANGGA MAMA




Heran sungguh.. semenjak dapat resipi sekian lama.. baru ni laa nenek mencuba buat kali kedua.. hhahaha.

Disebabkan nenek ni terlalu rajin.. nenek buat style all in method...


Ni resipinya ekkkkkk....



PUDDING MANGGA MAMA

Bahan-bahannya

10 gm agar-agar
2 sudu susu cair
1 cawan gula
1 biji telor
1 mangkuk mangga (Masak) blend ehhh...
3 cawan air

Cara-caranya

Agar-agar & air di masak. Gula 1 cawan, dan mangga di kacau bersama hingga sebati. Masukkan susu 2 sudu yang dicampur dengan telor. Digaul lalu tuang di acuan ikut cita rasa sendiri dan masuk dalam peti ais.

Saturday, July 01, 2006




SETELAH SEKIAN LAMA


Fuuh... lama sungguh nenek tak menjenguk ke blog ni hehehe.. dah penuh sawang dan lelabah...

Hari ni jenguk.. tak tahu plak nak tulis apa.... mungkin nenek nak citer laa yang nenek "first time" buat kek beraicing yang besau untuk satu ocassion yang besau hehehe.. ni nenek cuba tempek gambau besau tu ekkkk...

Seharian nenek menyiapkan kekker tu.. adoiiii.. selagi tak dibawak ke dewan selagi tu laaa nenek dok "modified" kek tu.. hehehehe.

Seb baik tak hancussss... nenek buat kek cokelat resipi nenek dan nenek buat cupcake tu saja untuk deko tepi-tepi kek besar tu.. nak cari stand untuk cupcake takde jual kat sini..jadi nenek susun jerr keliling kek tu.. tapi gambar kek nenek tak teranglaa pulak.. hahaha.. kena amik kursus fotografi... tarikh pun salah.. ahaksss
Aiseh gambar lain takleh upload laaa.. nanti lenkali nenek cuba ekkk.

Friday, March 17, 2006


Ni gambar puteri-puteri nenek bermain dengan air sabun...hehe
kalau kengkawan nak tengok gambar nenek pulak, kenalah pergi bertapa di gua kelam di perlis tu selama 44 tahun, 44 hari, 44 jam, 44 mnit dan 44 saat.
SETIAKU DI SINI
Alyza



1993

Kertas terakhir peperiksaan SPM telah tamat. Masing-masing bersorak riang di dewan peperiksaan. Athirah dan teman-temannya saling berpelukan dan membaling kertas soalan ke udara.

"Merdeka! Merdeka!" jerit mereka bagaikan sedang meraikan sebuah kemenangan. Athirah kembali duduk di kerusinya. Marina dan Shafina duduk di tepi meja.

"Apa plan kita seterusnya?" tanya Marina. Athirah hanya menjungkit bahu. Shafina mengetuk permukaan meja dengan jarinya menjadikan ia sebuah melodi yang membingitkan telinga.

"Kita buat big party sebelum kita berpisah, nak tak? Lepas ni aku berani cakap kita semua mesti bawa hal masing-masing. Aku tak nak macam tu," Shafina membuat cadangan. Mereka hanya mengangguk tanda setuju.

"Kau handle, okey? Aku tolong mana yang patut aje," ujar Athirah.

"Set. Serahkan kat aku aje. By the way, tadi putera kau tu cari. Dia tunggu kat tempat biasa," Shafina bersetuju. Athirah bangun lalu meninggalkan mereka berdua.

Di depan bilik pengawas, Badrul sudah setia menunggu di kerusi taman menghadap bilik pengawas.

"Sorry, Ira baru dapat tau Rul nak jumpa Ira," tegurnya apabila melihat Badrul sedang bersandar sambil menutup matanya. Badrul membuka mata lalu hanya tersenyum melihat Athirah.

"Tak apa. Duduklah. Rul ada hal nak cakap sikit dengan Ira." Tempat kosong di sebelahnya dibersihkan agar Athirah akan duduk.

"Apa halnya? Penting sangat ke?" acuh tak acuh Athirah menjawab. Badrul hanya tersenyum melihat gadis kesayangannya begitu. Athirah tidak pernah berubah sepanjang empat tahun mereka berkawan. Watak kasarnya terlalu mendera perasaannya tapi gadis itu juga yang dikejarnya.

"Penting juga. Untuk masa depan kita. Rul cuma nak tau dari mulut Ira sendiri. Selama ni, Rul tak pernah tanya sebab Rul tahu Ira tak suka tapi hari ni demi masa depan kita Rul nak kita pastikan semuanya betul-betul," jelas Badrul tenang. Berkerut dahi Athirah mendengar kata-kata Badrul.

"Apa maksud Rul? Ira tak faham," tanyanya keliru. Badrul tersenyum lagi.

Kali ini dilepaskan sebuah keluhan kasar. Athirah merenung wajah tenang Badrul yang tidak pernah lekang dengan senyumannya. Itulah kunci hatinya terpaut pada jejaka itu meskipun pada mulanya wajah itu amat dibencinya.

"Rul nak Ira jawab dengan jujur dan ikhlas. Siapa Rul pada Ira selama ni?", tanyanya tenang. Athirah menundukkan kepalanya. Wajarkah soalan itu dijawabnya meskipun telah dia tahu jawapan itu sejak beberapa bulan yang lalu? Patutkah mereka bercerita tentang sesuatu yang terlalu jauh untuk digapai?

"Perjalanan hidup kita masih jauh, Rul. Lepas ni banyak lagi yang perlu kita buat dan banyak pilihan yang perlu kita putuskan. Ira tak nak menyekat hidup sesiapa sebab Ira sendiri tak nak hidup Ira disekat. Apa yang Ira boleh katakan, Ira sayangkan Rul cuma Ira tak berani nak janji. Ira serahkan pada takdir," jawabnya tenang.

"Apa maksud Ira yang sebenarnya? Rul tak faham? Selama ni Rul menyekat Ira, ke?" tanyanya hairan.

"Biarlah Ira berterus-terang. Mulai esok, Ira dan keluarga akan berpindah ke kampung sebab minggu ni Abah akan mula berpencen. Kemudian, Ira akan mengikut kakak Ira ke New Zealand. Mungkin Ira akan sambung belajar di sana. Ira tak tahu bila kita akan jumpa lagi.

”Ira tak nak ikat hati Rul untuk Ira sedangkan Ira sendiri tak tahu apa akan jadi kemudian hari nanti. Biarlah takdir tentukan. Ira percaya, kalau jodoh kita ada pasti kita akan berjumpa walaupun memakan masa berpuluh tahun lamanya. Maafkan Ira, Rul," jelas Athirah. Badrul mengusap mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.

"Rul faham. Rul tak nak paksa Ira tapi Rul nak Ira tahu setia Rul di sini. Bersama Ira," jelasnya sambil menepuk dadanya. Athirah menunduk merenung lantai. Air mata yang sudah bertakung diseka perlahan.

"Selagi diizinkan Tuhan, Rul akan setia. Rul akan cari Ira walaupun Rul terpaksa ke New Zealand mencari Ira. Rul doakan Ira akan bahagia. Rul tak nak ucapkan selamat tinggal sebab Rul tak nak kehilangan Ira. Selamat berjaya Ira. Kita jumpa lagi nanti." Badrul terus berlalu tanpa pamitan Athirah.

Athirah terkedu dengan kata-kata Badrul. Namun, terlajak kata tidak ada makna lagi. Sememangnya perpisahan sedang meniti kehidupan mereka.

Athirah kembali mencari Marina dan Shafina. Perkara yang sama dinyatakan. Berpelukan mereka bertiga. Namun, perpisahan itu hanya sementara. Itu janji Athirah. Setianya di sini. Di bumi Malaysia. Itu prinsipnya



1999


Midvalley malam itu agak lengang jika dibandingkan dengan malam pada hujung minggu. Athirah melangkah laju menuju ke butik baju kanak-kanak Strawberry. Tangannya yang tadi ditarik Amilia dilepaskan oleh si anak kecil itu. Tanpa menunggu Athirah, Amilia memilih baju-baju yang dia berkenan. Athirah hanya memerhati tanpa bersuara. Walau baru berusia empat tahun, dia sudah pandai memilih baju yang diminatinya.

"Mama, Ami nak yang inilah," Athirah menghampirinya sedang memegang sehelai gaun berwarna krim susu untuk majlis ulangtahunnya yang keempat dua hari lagi. Athirah hanya menurut setiap perlakuan Amilia untuk mencubanya. Sambil menanti Amilia di bilik persalinan, Athirah melihat baju-baju yang lain untuk adik Amilia. Bimbang nanti ada yang merajuk pula.

"Cantiknya! Boleh saya dapatkan fesyen yang sama untuk budak berumur dua tahun? Siapa nama adik?" suara seorang lelaki menegur Amilia dan jurujual kedai itu tetapi ia juga mengejutkan Athirah. Suara itu seperti biasa didengarnya.

"Tunggu sebentar, ye encik. Saya ambilkan," pinta jurujual.

"Amilia Najihah tapi panggil Ami aje," petah Amilia bersuara.

"Sedap nama. Datang dengan siapa?".

"Dengan mama. Tu yang diri kat sana," jawab Amilia sambil menuding ke arahku. Aku berpaling ke belakang. Seorang lelaki duduk mencangkung menghadap Amilia. Kemudian, lelaki itu bangun berpaling memandang Athirah.

Masing-masing terkedu. Athirah hampir terduduk namun tangannya lebih pantas memegang rak di sisinya.

"Ira!" Antara sedar dan tidak Badrul tersebut nama Athirah. Athirah masih terpaku tidak percaya. Badrul kembali merenung wajah Amilia. Saling tidak tumpah seperti Athirah. Benarkah itu anaknya? Athirah sudah berkahiwn? Ke mana sudahnya setia itu selama ini?

"Badrul!" Akhirnya nama itu terungkap juga di kelopak bibir Athirah tanpa sedarnya.

"Anak Ira lawa macam mamanya juga," puji Badrul ikhlas dan tenang.

"Encik, ini baju yang encik nak," suara jurujual menegur.

"Bungkuskan. Saya nak buat hadiah," pintanya cuba berlagak tenang. Si jurujual hanya menurut tanpa mengetahui apa yang telah terjadi. Athirah masih terpaku di situ. Amilia menghampiri Athirah.

"Lawa baju ni, kan Mama. Ami nak baju ni. Mama belilah sekali untuk Mira," tegur Amilia menyedarkan Athirah.

"Okey, sayang. Pergi tukar dulu ye. Mama tunggu sini." Amilia hanya menurut tanpa membantah.

"Anak Ira berapa orang?" perit Badrul menanya.

"Dua orang. Adik Ami perempuan juga," jawab Athirah serba-salah.

"Encik, dah siap," jurujual menegur sambil menunjukkan sebuah kotak yang sudah dibalut dan diletakkan riben berwarna kuning lembut. Badrul menghampiri kaunter membuat pembayaran.

"Kita jumpa lagi, Ira. Walaupun bukan ini yang Rul harapkan tapi setia Rul tetap di sini," luahnya sambil memegang dadanya lalu beredar meninggalkan Athirah dan butik kegemaran anak saudaranya.

"Mereka bukan anak Ira, Rul. Rul, setia Ira masih di sini," jeritnya. Sayang sekali ia tidak terkeluar. Tersekat di kerongkong bagaikan tercekik sebiji batu besar.


Athirah masuk ke Coffee Bean. Tempat yang masih menjadi tempat perjumpaan mereka bertiga semenjak kepulangannya ke Malaysia tiga bulan yang lepas. Dari jauh kelihatan Shafina rancak bercerita manakala Marina mendengar bagaikan tiada orang lain di kafe tersebut.

"Sorry, girls. I'm a bit late," tegur Athirah. Mereka saling bersalaman dan berlaga pipi.

"It's ok. So, macamana jadi ibu tunggal dan ibu express?" tanya Marina.

"Hmmm......Penat. Tapi seronok. Rasa macam tak sabar nak rasa ada anak sendiri. So, what's up. Any news?" jelas Athirah.

"Guess what, our batch nak buat reunion next month. Wanna join us? Member-member yang lain sibuk tanya pasal Ira. Both of us terpaksalah pretend like we don't know anything. Sakit jiwa raga ni tau tak?” sambut Marina sambil menggayakan hatinya yang sakit. Mereka ketawa serentak.

"Tengoklah. Kalau ada orang nak jaga budak-budak tu boleh juga join. I'll let you know later,” janjinya.

"By the way, aku jumpa putera kau semalam. Terkejut bangak aku. Ingatkan dia tak cam aku yang dah glamour ni, rupanya lesung pipit aku ni tetap menjadi pujaan jejaka tampan. Tu yang aku malas nak cerita tu," Shafina mencelah. Marina dan Athirah menekup telinga masing-masing. Sejak sekolah lagi, Shafina pantang dipuji, pasti pedih telinga mereka mendengarnya bercerita berulang kali.

"Dia tanya aku, Ira kahwin dengan siapa, bila, di mana, kat mana dan kerja kat mana. Nak tak nak aku pun seperti biasa, terpaksalah kata aku tak tahu sebab dah lama tak jumpa. Tak pasal-pasal aku dapat dosa kering tau," ceritanya. Athirah mengeluh kasar.

"Aku jumpa dia kelmarin. Aku bawa Ami pilih baju untuk birthday party dia. Aku terpaksa mengaku Ami anak aku. Aku tak ada kekuatan nak berterus-terang dengan dia," kesal Athirah. Masing-masing membisu bagaikan meratapi satu berita sedih. Shafina dan Marina terpaku mendengar pengakuan Athirah yang di luar jangkaan mereka.

"Kau patut berterus-terang dengan dia. Dah enam tahun kau dan dia berpisah. Mungkin dah tiba masanya kau fikirkan tentang masa depan kau dan dia. Aku tahu dia masih sayangkan kau lagi. Macam tu juga dengan kau. Kalau tidak mesti kau dah terima lamaran bekas abang ipar kau tu dulu, kan?" Marina cuba memahami Athirah. Shafina menggenggam jemari Athirah erat.

"Aku boleh aturkan pertemuan kau dengan dia kalau kau mahu," Shafina cuba memberi Athirah peluang. Athirah hanya bersetuju tanpa bersuara. Mata Shafina dan Marina bertembung tanpa disedari Athirah. Sinar di mata mereka begitu bermakna.


~~~~~~~~~~~~~~~


Athirah masuk terus ke butik milik arwah kakaknya. Pembantunya sibuk menyusun stok yang baru tiba. Athirah menuju ke biliknya lalu mencapai jurnal akaun untuk stok baru.

"Kak Ira, ada customer nak tanya pasal kain yang baru sampai tu. Dia nak tempah baju sekali," tegur Zainab, pembantunya. Athirah hanya mengekori langkah pembantunya menuju ke ruang tengah butik. Kelihatan seorang wanita anggun bergaya bagaikan seorang model sedang memilih kain-kain lace Perancis yang baru tiba.

"Boleh saya bantu?" tegur Athirah mesra. Wanita tersebut menoleh sambil tersenyum. Ayu wajahnya.

"Ye, saya berkenan dengan kain ni tapi saya nak warna biru laut atau ungu. Ada tak? Kalau boleh saya nak tempah terus tapi boleh tak disiapkan awal bulan depan," jelasnya. Athirah mengangguk tanda faham akan maksudnya lalu memohon untuk ke bilik stor sebentar. Mujur warna yang diminta masih ada di dalam simpanan mereka.

"Cik, hanya warna macam ni saja yang ada. Kalau tak berminat, cik boleh pilih material lain," cadang Athirah. Kain di tangan Athirah dicapai oleh wanita itu.

"Bolehlah. Warnanya pun lembut," putusnya ringkas. Mudah sungguh kalau semua pelanggan seperti wanita ini. Tidak cerewet langsung.

"Mari, saya ukur badan cik," pelawa Athirah menuju ke biliknya.

"Anita. Panggil saya Nita saja sudah cukup."

"Saya Athirah. Panggil Ira," perkenal Athirah pula lalu mereka saling bersalaman. Anita mengikut Athirah menuju ke biliknya. Ukuran badan di ambil. Sambil itu mereka berbual bagaikan sudah saling mengenali.

"So, nanti dah siap Ira call Nita, ye?" pesan Anita sebelum keluar dari butik tersebut. Athirah hanya menghantar kepulangan Anita dengan ekor matanya hilang dari pandangan.

"Nab tolong kemaskan dulu, ye? Kak Ira nak siapkan tempahan yang ini dulu. Dia nak cepat," pesan Athirah lalu hilang ke biliknya.

Merenung kain lace unggu itu mengusik hati Athirah sebenarnya. Ia warna kegemaran Badrul. Sememangnya dia tidak pernah lupakan lelaki itu. Dia masih ingat segala-galanya tentang lelaki itu. Benarlah kata Marina dan Shafina, masih ada kasih dan sayang di hatinya. Jika tidak pasti lamaran abang iparnya dulu telah diterimanya.


*Athirah masih menyemak jurnal akaun butiknya. Sesekali badannya dipusing-pusingkan untuk mengurangkan kekejangan yang berlaku. Keletihan semakin terasa. Athirah membelek jam di tangan. Hampir pukul sembilan malam. Semalam dia telah berjanji dengan Marina untuk hadir ke majlis perjumpaan mereka minggu depan. Semuanya kerana cabaran yang dibuat oleh Marina.

"Aku cabar kau, Ira! Kalau betul kau tak harapkan apa-apa dari Badrul, aku nak kau datang. Kalau kau tak datang bermakna dalam hati kau tu masih ada setia untuk dia." Athirah pantang dicabar. Dia setuju walaupun dia tahu natijah yang bakal diterimanya.

"Kak Ira, ada orang datang nak ambil tempahan baju Cik Anita tu," tegur Zainab. Athirah bangun lemah menuju ke almari baju yang menempatkan tempahan yang telah siap lalu menuju ke ruang tengah butik.

"Rul!" Tanpa sedar nama lelaki itu disebutnya agak kuat. Badrul menoleh terkejut apabila namanya disebut.

"Ira!" Hanya itu yang terkeluar melihat gadis kesayangannya sedang berdiri di hadapannya sedang memegang baju yang ingin diambilnya.

"Baju ni........ Rul," kata-kata Ira termati di situ. Kekuatannya telah hilang tiba-tiba.

"Rul datang nak ambik baju yang Nita tempah. Rul tak tahu ni butik Ira," jelasnya agak tenang. Athirah menyerahkan sepasang kebaya pendek yang telah siap kepada Badrul.

"She will look gorgeous in that," puji Athirah tidak sedar. Dia sendiri keliru dengan kata-katanya. Jujurkah dia.

"Nita dah bayar penuh," sambung Athirah menahan sebak di dada. Badrul hanya mengangguk.

"Jangan lupa jemput Ira nanti kalau buat kenduri nasi minyak," pesan Athirah cuba mengubah suasana yang agak tegang. Badrul hanya membisu merenung wajah Ira.

"Setia Rul masih di sini," tegasnya ringkas lalu berlalu meninggalkan Athirah setelah mengucapkan terima kasih. Athirah terduduk di kerusi berdekatan. Air mata yang ditahan semenjak tadi gugur juga akhirnya. Untuk apa setiamu di situ sedangkan kau akan menjadi milik orang lain, Rul.


~~~~~~~~~~~~~~~


Malam perjumpaan semakin mendebarkan. Athirah datang lewat dari waktu yang sepatutnya. Sengaja supaya tidak bertembung dengan Badrul. Athirah segera ke meja yang diduduki oleh Marina dan Shafina.

"Aku ingatkan kau tak datang tadi," tegur Marina sebelum mereka bersalaman.

"Kan aku dah janji. Ramai juga yang datang, kan?" Athirah cuba mengalih perbualan. Dia tidak mahu Marina terus membuka mulut tentang perkara yang sepatutnya menjadi topik. Dia kenal benar dengan Marina dan Shafina.

"Aku nampak si Badrul tadi," Marina sudah memulakan perbualan.

"Aku ambil makanan dulu, ye?"Athirah cuba melarikan diri.

"It's not that easy, Ira. He's here," Shafina sempat menahan dengan menarik tangan Athirah. Tanpa sedarnya, Badrul sudah pun berdiri di sisinya.

"Rul nak cakap sikit dengan Ira," pintanya lalu mengajak Athirah keluar sebentar. Marina dan Shafina merenungnya tajam membuatkan Athirah akur.

Malam terang dihiasi lampu neon walaupun jam sudah ke angka sembilan setengah malam.

"Kenapa Ira tipu Rul? Kenapa Ira nak larikan diri dari Rul?" tanya Badrul tenang sambil tersenyum. Masih seperti dulu. Tidak ada yang berbeza.

"Ira tak tipu tapi Rul yang tak tanya betul-betul dengan Ira. Rul boleh cari kawan-kawan Ira tapi Rul tak pernah nak cari Ira. Rul kata setia Rul kat hati Rul tapi Rul sendiri tak tunaikan janji. Rul kan dah nak kahwin.

"Kenapa nak cari Ira lagi. Anita is more perfect than I am," luahnya sebak menahan tangis. Badrul ketawa kecil mendengar kata-kata Athirah membuatkan Athirah menjeling geram memandangnya.

"Ketawalah selagi boleh, Rul. Lepas ni dah tak ada apa yang nak diketawakan," sindir Athirah geram.

"You never change, Ira. Ira suka buat keputusan sebelum membuat penilaian. Anita tu adik perempuan Rul. Mana mungkin abang akan berkahwin dengan adiknya sendiri. Rul tak cari Ira sebab Ira sendiri main hide and seek dengan Rul. Ira kata Ira dah ada dua orang anak. Bukankah hanya orang yang sudah berkahwin saja ada anak? Lainlah kalau Ira ambik anak angkat tapi Rul percaya perempuan semuda Ira mustahil akan ambil anak angkat sebelum kahwin, kan?" terang Badrul. Athirah terkedu seketika. Adik? Mengapa wajah mereka tidak serupa? Badrul berkulit putih cerah tapi Anita sedikit gelap. Badrul tersenyum melihat dahi Athirah berkerut.

"I know what is in your mind, sayang. Kami adik beradik berlainan bapa. Dia adik tiri Rul. Puas hati? Kali ni, Rul tak akan lepaskan Ira macam dulu. Rul takan biarkan Ira buat keputusan macam dulu lagi. Never, unless you are really in love with someone," tegas Badrul lalu mencapai tangan Ira. Digenggamnya erat.

"Rul tak boleh macam ni," pintasnya lalu menarik tangannya dari genggaman Badrul.

"Why not! Rul dah cakap setia Rul di hati dan Rul dah bagi Ira cukup masa untuk Ira pilih kehidupan Ira sendiri. Kali ini Rul nak Ira pula ikut pilihan kehidupan Rul."

"Ira tak sayangkan Rul lagi!" Athirah cuba berdegil.

"Jadi, alasan apa Ira tak terima lamaran bekas abang ipar Ira dulu?" perangkap Badrul. Ira memalingkan tubuhnya ke arah lain. Badrul tersenyum. Begitulah Athirah. Suka melarikan wajahnya apabila tembelangnya pecah.

"Ira," lembut Badrul memanggil namanya. Tubuh Athirah dipusingkan kembali menghadapnya.

"Rul sayangkan Ira. Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah berubah, sayang. Please, this time be mine," Badrul melamar. Athirah masih kaku. Patutkah aku terima lamarannya? Boleh percaya ke? Mustahil selama ni dia tak ada pengganti aku? Alah! Aku pun apa kurangnya. Sebab setia aku masih macam ni.

"Tak apalah kalau Ira tak terima. Nampaknya, Rul kena terima pilihan Mama Rullah jawabnya," putusnya sambil mengeluh kesal.

"Siapa kata Ira tak sudi!" spontan Athirah menjawab perlahan.

"Haaa...... Kan senang nak jawab. Jom, kita masuk. Nanti perut masuk angin pula tak makan," ajak Badrul lalu mengheret tangan Athirah ke dewan semula. Athirah mencebik. Macam tu je? Senangnya dia, rungutnya di dalam hati.

"Muncung tu control sikit . Nanti Rul cium baru tau," usiknya lalu memaut pinggang Athirah. Athirah tersenyum. Tak sia-sia setianya selama ini.
BUKAN CINTA BIASA
Hasil Karya: Aline Humaira

Pesawat sudahpun memasuki ruang angkasa, meninggalkan lapangan terbang tempat ia dilepaskan. Tanda isyarat memasang tali pinggang keledar sudahpun dipadamkan nyalaannya.Penumpang-penumpang yang tadinya duduk diam di tempat duduk masing-masing kini sudah memulakan aktiviti masing-masing.

Ada yang sudah ke bilik air, ada yang rancak bersembang dengan penumpang bersebelahan. Ada yang melayan karenah si kecil dan ada juga yang sibuk membaca. Ada yang terus tertidur sejak duduk di kerusi pesawat.

Sambil krew kabin sibuk menyediakan kudapan di galley, aku pula melihat ke luar tingkap melihat pemandangan di bawah sana. Aku tak ada idea untuk membuat aktiviti lain tapi aku sangat enjoy dengan apa yang aku buat sekarang. Ya, melihat keluar sambil mendengar lagu yang terpasang dari walkman.

Panorama indah tadi sekejap sahaja bertukar menjadi kepul-kepul awan tebal. Memantulkan cahaya putih yang sangat menyilaukan mataku. Aku melihat kembali ke dalam kabin. Apa yang aku nampak terlebih dahulu adalah seorang pemuda, penumpang yang duduk di sebelahku, seat 9B. Orangnya masih muda, sekitar 23 atau 25 tahun. Memakai kemeja putih kebiruan dan slack warna navy. Agh, sejak saat ini, aku bagaikan susah untuk mengalihkan mataku dari terus memerhatikannya. Orangnya tinggi lampai, berbahu bidang. Iras wajahnya mirip jejaka Itali dengan matanya galak pada posisi deep-set, dipayungi kening lebat dan agak rapat juga jarak antara kedua kening itu. Bibirnya agak nipis tapi sebenarnya penuh mungil kalau diamati betul-betul dan ianya kemerahan, tanda taraf kesihatannya baik-baik sahaja. Kulitnya tidak terlalu cerah, namun tidak juga dikategorikan gelap. Ada ketajaman yang bercampur dengan kelembutan pada renungannya. Ada kemanisan dalam serius wajahnya dan hidungnya itu……… !

Aku sebenrnya baru sahaja menyedari dia dan kewujudannya…. Kerana sejak aku memasuki pesawat, aku berasa seronok duduk di kerusi tingkap, memerhatikan dunia di luar dan di bawah sana sebelum pesawat meluncur laju meninggalkan terminal lapangan terbang lagi. Aku terlupa atau tidak prihatin akan wujud dirinya… Hinggalah panahan cahaya silau yang dibidikkan menyakiti mataku.

Dia hanya mendiamkan diri di tempat duduknya. Tenang dan selamba. Seakan-akan dunianya terasing dari duniaku mahupun dunia di sekeliling pesawat ini. Tidak bosankah dia begitu?????

Namun ruang kebisuannya terpecah jua pabila seorang pramugari datang menanyakan apa yang hendak dia makan dari menu yang disediakan. Ketika itulah baru aku mendengar patah perkataan keluar dari mulutnya yang dibaratkan penuh dengan emas.

Dan pertanyaan itu seterusnya untukku. Aku memilih lauk ayam. Lalu pramugari pun menyodorkan dulang berisi makanan kepada aku dan pemuda di sebelahku.

Aku makan menu terhidang itu sambil senyap-senyap memerhatikan cara dia makan. Dia makan dengan sangat tenang, sopan dan tidak mencomotkan wajahnya. Aku memang pencuri yang tak professional lagi pengecut! Pabila dia terperasan perbuatan nakalku lalu memusatkan pandangannya pada aku, aku buat-buat seperti tak ada apa yang aku lakukan ke atas dirinya.

Selepas makan, aku berhajat mendengar walkman pula. Belum sempat aku memasang headphone ke telinga, tiba-tiba dia main ba-ba-cak denganku mengikut stailnya - Senyum meleret dari telinga ke telinga-satu intro untuk mengajak aku berbual dengannya. Hah, baru kau tahu ertinya boring, ya ????

"First time naik flight, yek ????" katanya sambil wajah tipikal Mediterreneannya yang tadi serius, berubah ekspresi. Ada kemanisan pada keceriaannya.

"Nope, masa saya kecil-kecil dulu pun pernah jugalah naik flight, tapi taklah sejauh dan selama sekarang ni….Tak sangka dapat naik lagi, hilanglah rindu nak naik flight tu… "

"Hemmppp…. Patutlah nampak excited sejak kapalterbang ni belum terbang lagi, ekkk?"

Darahku tersirap. Aku tersipi namun tak jauh dalam membuat andaianku terhadap pemuda di sebelahku ini. Kusangkakan diamnya adalah diam seorang yang terkurung dalam dunianya sendiri. Dalam dia, dia prihatin pada kejadian demi kejadian di sekitarannya. Lebih-lebih lagi aku yang sangat dekat dengannya, berbanding penumpang-penumpang lainnya dalam penerbangan ini.

Aku mengangguk. Mengiyakan apa yang ditanyakannya. Aku tidak pasti sama ada perasaan terpesonakah atau ada sebab lainkah yang menyebabkan aku yang biasa riuh dan bising ini jadi kurang berminat untuk berbual dengannya.

Argh, banyak sebenarnya benda yang ingin kutanyakan padanya. Kubiar masa berlalu pergi tanpa mengorek terlalu banyak rahsia peribadinya. Hatta namanya pun tak sempat kutanyakan. Andai ada teman-teman yang bertanya, apakah perkara yang paling bodoh pernah aku buat dalam dunia ini, pasti jawapanku adalah aku tidak menanyakan nama seorang pemuda kacak yang duduk di sebelahku semasa dalam penerbangan!!!!

Aku hanya menyedari pesawat akan mendarat tidak lama lagi, setelah ketua pramugari mengumumkannya melalui interkom. Ketika ini, aku melihat sesuatu yang mengelirukan diriku terpancar dari mata pemuda di sebelahku ini. Dia seakan tidak gembira dengan pengumuman ini. Pelik pulak… Setahu aku, seorang penumpang biasanya tidak sabar-sabar hendak tiba di destinasi yang dituju. Pengumuman seperti tadi adalah janji yang membebaskan diri dari belenggu penantian yang menyiksakan.

Solitude, alunan dari petikan jari Richard Clayderman berkumandang selepas pengumuman ketua pramugari tadi. Alunan irama indah nan ceria itu tidak mampu merubah pancaran mata nan sayu itu… Kenapa ya ????

Itu hal dialah, untuk apa aku ambil tahu !

"You have your home address?"

Aku cuma mengangguk

"Boleh tak kalau saya minta???"

Aku mengangguk lagi. Lantas mencari-cari dalam tas tanganku kalau-kalau ada alat tulis. Aku kaget kerana ketiadaan pen dan kertas untuk kutuliskan alamat seperti yang dipinta.

"Tak ada pen dengan kertas?" tanyanya lagi.

Hempppp…… Dia bagai dapat membaca apa yang tersirat di hati kecil ini. Aku mengangguk. Dia mengambil sebatang pen dari simpanannya dan menghulurkannya padaku bersama-sama boarding passnya. Dengan pantas aku menyambut kedua-dua benda itu dan menuliskan alamatku di belakang boarding pass.

"I hope I can meet you again…" Itulah yang diucapkan sebaik sahaja menerima kembali pen dan boarding passnya dariku. Aku cepat-cepat melipat kembali meja ke tempat asalnya.

Sesudah itu, pesawat pun bersedia untuk mendarat di landasan….

Tika pintu pesawat dibuka dan sampai tikanya untuk semua penumpang keluar, kami pun berpisah di aerobridge terminal lapangan terbang. Masing-masing menghilang di celah-celah lautan penumpang yang ramai. Aku cuba melihat-lihat ke sekeliling, kalau-kalau terlihat kelibatnya lagi. Tapi dia menghilang, tak kutemui lagi. Tiba-tiba langkahku tersandung kerana tak berhati-hati mengatur langkah. Fikiranku tidak berpusat kepada perjalananku ke balai ketibaan. Pemandangan kesibukan di terminal lenyap.

Berganti kekaburan, suasana buram. Aku cuba melawan apa yang aku nampak sekarang…

***

Pabila aku membuka mata, aku dapati aku berada di tempat lain. Dalam cahaya samar bagaikan berada di sebuah terowong, aku sedar yang aku berada di atas tempat yang sangat-sangat familiar . Katil di mana aku biasa tidur. Hatiku sayu, sebak tiba-tiba lantaran perkenalan itu terlalu indah sebenarnya untuk menjadi kenyataan. Aku tidak tahu sama ada aku sudah jadi gila atau masih waras.

Aku tak pernah berani untuk menceritakan mimpi itu kepada sesiapapun. Bagiku, itu antara aku dan si dia. Hatta ibuku sendiri tidak mengetahuinya. Aku tahu orang akan mentertawakanku andainya aku katakan aku sudah jatuh hati terpaut sayang pada jejaka yang kutemui di dalam mimpiku. Cuma satu di hatiku, kuharapkan dan doakan, agar dia akan menemuiku di alam nyata satu hari nanti.

Kubiarkan waktu berlalu pergi. Hingga tahun berganti tahun. Dari seorang gadis sunti 13 tahun, aku membesar menjadi seorang wanita muda yang baru melangkah kaki ke arah kedewasaannya. Kulayari hidup ini tetap sendirian dengan rasa sayang itu masih kuat terpaut di hati kecilku. Dia tetap tak kunjung datang di dalam hidupku di bumi nyata ini tapi setia mengunjungiku dalam mimpi-mimpi ku yang datang once in a blue moon. Teman-temanku, satu demi satu berteman dan tinggallah aku dengan keadaanku yang begini.

Tapi aku seakan dan memang merelakan diriku jadi begini dan begini, biarpun sesungguhnya aku tidak bisa menjelaskan mengapa. Bukan aku terlalu cerewet, bukan aku terlalu memilih. Tapi sesungguhnya, aku telah berjanji pada diri ini untuk menanti dengan sabar kehadirannya, biarpun terlalu pedih sekali jiwaku, merintih dan meronta bersendirian begini.

Sampai bilakah daku harus menanti lagi?

Bagai memahami, dia hadir pada saat dan waktu yang tepat. Namun, episod cinta itu sama seperti sebelumnya, hanya berlangsung di alam mimpi… Dia membawaku keluar berjalan-jalan, sambil membeli barang keperluan rumah.

Kami makan bersama-sama di sebuah open-air bistro dan di sepanjang perjalanan selepas keluar dari bistro, tangannya tak pernah lepas dari memegang tanganku. Sinaran matanya adalah limpahan cahaya kasih sayang yang melingkari jiwa dan raga. Aku tak pasti ikatan kami sampai ke mana takat ini. Tapi aku tahu, berpegangan tangan sebelum kahwin adalah satu kesilapan besar! Mujur itu cuba mimpi dalam tidurku. Dan aku semakin menyayanginya! Tapi aku yang begitu mencintainya, tak bisa membezakan antara mimpi dan kenyataan. Fantasi atau realiti.

Sedang aku memilih-milih barangan yang hendak dibeli, tiba-tiba kegelapan menyerang. Apa yang sudah terjadi sebenarnya???? Begitu lama berlangsung kegelapan itu hingga datang titik terang yang menerangi. Cahaya dari lampu yang menerangi jalan menuju bilik tidurku menuju ke dapur. Dan aku sendiri terbaring dengan masih memakai telekung solatku, di atas sejadah.

Sekali lagi aku berendam air mata. Berapa lama lagi aku harus menanggung kerinduan ini? Kutahu cintaku, yang kurasai kini, bukan cinta biasa. Tapi bisakah orang di sekelilingku menerimanya? Gilakah aku kerana hanya mampu bercinta di dalam mimpi?
KENAPA AKU?
Hasil Karya: Norliza bt Ramli

Linangan air mata kepanasan tak mungkin dapat mengembalikan kebahagiaan milikku dulu. Walau menangis air mata darah sekalipun, ia pasti akan hilang ditelan masa.

'Kenapa.... kenapa..... aku harus jadi begini? Tak adil.... semuanya tak adil....' Air mataku tetap mengalir membasahi pipiku. Sekali lagi hatiku merana dan meraung kekesalan.

Dulu aku ditemani dengan rakan-rakan tapi kenapa kini segala milikku dulu hilang begitu sahaja. Ia cuma sikit dugaan dari Allah, mereka telah memulau dan mengkhianati ikatan persahabatan mahupun percintaan. Inilah dikatakan bila senang ramai teman akan menemani kita tapi bila kita susah batang hidung pun tak nampak.

Tergambar kekesalan di dalam anak mataku. Seolah-olah aku di dalam alam realiti yang penuh kepuraan-puraan. Aku merenung nasib diriku. Rasa kecewa tiba-tiba hadir di dalam hatiku.

"Filzatunnafsi Bt. Zul Jamal."

Tiba-tiba namaku di panggil. Aku menoleh ke arah perempuan yang berpakaian seragam jururawat. Nampak sungguh ayu. Dengan selamba aku menolak kerusi rodaku. Agak lama juga aku diceramahkan oleh Doktor Kamaruzzaman, kawan abangku. Setelah itu, aku menolak kerusi rodaku sekali lagi meninggalkan hospital. Buat kali keempat aku tidak berteman. Mama dan papa sibuk bertugas. Abangku pula sibuk mengawasi orang baru di hospital. Aku dapat rasakan duniaku penuh dengan kekosongan. Lebih-lebih lagi keadaan aku sekarang.

"Filza, boleh aku hantar kau balik." Terkejut aku apabila mendengar suara tersebut. Lalu aku menoleh. Bagai tak percaya Kamaruzzaman mempelawaku.

"Tak apa le, abang Maruz. Driver papa akan datang sekejap lagi." Tolakku pelawaannya dengan sopan.

"Kalau macam tu, kita berborak le.... bolehkan?" tanya Kamaruzzaman lagi. Aku mengatur rambutku yang diterbangkan oleh angin. Aku cuma mengangguk.

"Filza... kau tak sambung study lagi ke?"

"Filza dah habis study, abang Maruz. Kenapa?"

"Tak de, saja nak tanya." Sempat lagi Kamaruzzaman mencuri pandang ke arahku.
"Filza....nanti nak keje kat mane?"

"Entah le, abang Maruz. Siapa le nak upah Filza yang cacat nie? Ada kawan pun dah lari, apatah lagi boyfriend.... abang Maruz." Aku mengadu kesedihan.

"Walaupun Filza macam nie, tak mustahil satu ketika nanti Filza akan berdiri seperti sedia kala." Kamaruzzaman memberi semangat dan dorongan kepadaku. Tak lama selepas itu drebar papa datang. Aku diangkat masuk ke dalam kereta oleh bodyguardku. Aku melambai ke arah Kamaruzzaman. Dia menghadiahkan aku sekuntum senyuman.

Malam yang damai lebih-lebih lagi papa dan mama dapat menemani aku malam ini. Aku rasa sungguh bahagia. Dalam kegembiraan itu, tiba-tiba papa mengumumkan sesuatu. Abang aku, Zul Fadli dan Kamaruzzaman baru saja balik. Debaran di hati mula memuncak. Malam yang damai bertukar menjadi dingin. Adakah ia menandakan sesuatu perkara akan terjadi? Persoalan itu terjawab bila papa membuka bicaranya.

"Maruz and anak papa, Filza. Hari ini papa nak umumkan permintaan Maruz untuk Filza. Filza, anak papa?"

"Ya, papa."

"Maruz nak papa tunangkan Filza dengannya." Aku terkejut. Cawan di tanganku tiba-tiba jatuh. Semua anak mata memandangku. Serba salah aku dibuatnya.

"Papa... mama... abang Zul... abang Maruz... Filza tak boleh terima abang Maruz sebagai tunang Filza." Itulah ayat yang tercetus di bibirku.

"Kenapa, Filza?" tanya Zul Fadli.

"Siapalah Filza, abang? Filza ibarat anak patung tak dapat berjalan dengan sendiri, apatah lagi untuk menyintai orang lain. Filza tak layak.... tak layak!!" jeritku.

"Itu cuma kata Filza bukan buat diri abang Maruz, Filza. Tolong jangan lukai hati abang."

Aku cuma mampu menahan kepiluan. Aku tak dapat berbicara. Lalu mengerakkan kerusi roda meninggalkan kumpulan manusia itu. Hatiku mula diselubungi serba salah. Pertanyaan yang bakal mencorak masa depanku. Entah aku pun tak dapat menjawab pertanyaan itu.

Dalam kamar aku membuka radio. Dan saat itu irama 'Pasrah' nyanyian Erra Fazira kedengaran di corong radio. Aku tersentak. Pintu kamarku di ketuk. Aku melemparkan sekuntum senyuman kepahitan. Mama membelai rambutku.

"Filza... papa dan mama tak akan paksa Filza menerima Maruz. Mama cuma berharap Filza dapat bersama dengan insan yang menyintai Filza." Aku merenung tepat ke arah anak mata mama.

"Kalau mama ingin Filza hidup bahagia, mama je le buat keputusan." ujarku.

* * * * * * * * * *

Dah lama aku terlantar di kerusi roda. Hari ini aku berniat untuk tidak menggunakannya. Aku menuruni anak tangga. Beberapa pasang anak mata memandangku dengan senyuman terukir di wajah mereka.

"Filza... abang tak percaya le, adik abang nie dah boleh berjalan. Bila boleh berjalan nie? Maruz tak pernah beritahu pun."

Aku melabuhkan punggungku di kerusi. "Bila atau siapa, itu tak penting. Yang pentingnya, Filza dah boleh berjalan."

"Filza hari nie nak buat apa? Kalau tak ada apa-apa, papa nak minta tolong Filza ambil mama dan papa Maruz kat airport." ujar papa. Alangkah terkejutnya aku pada saat itu. Anak mataku mencari-cari Maruz. Entah ke mana hilangnya.

"Filza... papa tanya tu." Suara mama mengejutkan aku.

"Baik le, papa. Lagipun Filza tak ada kerja, dari lepak je baik Filza buat kerja yang berfaedah." ujarku.

"Filza... kau tu nak jemput mertua. Jangan pula berpakaian selekeh. Takut nanti terkeluar bijik mata mertua kau tu... he... he... he...." usik abangku. Aku cuma menjeling tajam ke arahnya.

Debaran hatiku kian memuncak sebaik sahaja menjejak kaki di dalam airport. Mataku giat mencari-cari orang tua Maruz. Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian segak telah menarik pandanganku. Alangkah terkejutnya aku rupa-rupanya lelaki itu adalah Namaruzzaman. Aku cepat-cepat bersembunyi. Tiba-tiba bahu kiriku di pegang. Aku terus menoleh ke belakang dan kelihatan sepasang suami isteri yang tersenyum memandangku.

"Uncle... auntie... ingatkan siapa tadi? Dah lama sampai ke?" Aku tercari-cari lelaki tadi.

"Uncle dan auntie baru je tiba. Filza kau cari siapa tu?"

Aku tersentak. "Tak de le, uncle. Kalau tak ada apa-apa uncle, kita balik sekarang."

"Tunggu le dulu, Filza. Kita tunggu anak bongsu uncle."

Aku cuma menurut sahaja. Rasa bosan juga menanti. Auntie memandang aku dari hujung rambut ke hujung kaki. Aku berasa rimas pula. Uncle mengukirkan senyuman pada wajahnya.

"Ha... Man, ke mana kau pergi? Dah lama mama dan papa tunggu, lebih-lebih lagi bakal kakak ipar Man." Tercetus di bibir uncle. Aku memandang wajah lelaki tersebut.

"Filza...kau ke kakak iparku? Tak sangkakan dunia nie terlalu kecil untuk kita bertemu semula." Hatiku terasa tersinggung dengan sindiran itu.

Tanpa aku sangka mama dan papa akan balik awal hari ini. Setelah menjejak kaki ke dalam banglo itu, aku terus menuju ke dalam bilik. Tapi langkahku terhenti bila aku terpandang surat di atas rak buku. Aku terus mencapainya.

'Surat dari hospital' bisikku. Aku terus membukanya. Wajahku tiba-tiba berubah. Seolah-olah tak percaya apa yang aku bacakan. Papa memanggilku. Aku terus menuju ke ruang tamu. Lalu melabuhkan punggung di sofa. Uncle dan auntie tak berhenti-henti memuji aku. Man pula memandang ke arahku.

"Uncle.... auntie... mana abang Maruz? Belum balik ke?" tanya Man.

"Belum lagi, maybe kat hospital. Dia tu sibuk sangat dengan kerjanya sejak akhir-akhir ini." Aku memandang ke wajah mama.

"Tak sangka uncle, Man boleh jumpa Filza lagi."

"Apa maksud, Man? Uncle tak faham."

"Mama... papa... betul ke nak abang Maruz tunang dengan Filza nie?" Tiba-tiba je Man bertanya. Aku cuma berdiam diri.

"Uncle, bukan Man nak kata bukan-bukan tentang Filza nie. Tapi mampu ke dia setia dengan abang Maruz nanti?"

Maruz dan abangku tiba-tiba muncul. Wajah Maruz kelihatan ceria. Namun dapat aku menduga pelbagai persoalan bermain di kotak fikirannya.

"Mama... papa... dulu Man bercouple ngan Filza tapi tak sangka pula yang Filza boleh jatuh hati kat abang Maruz." Papa seolah-olah tak percaya. Mama merenungku. Aku menjadi serba salah.

"Man... apa yang kau merepekkan nie?" tegah auntie.

"Filza.... Man nak katakan kau tak layak menjadi kakak ipar Man."

"Man... diam!" teriak Maruz. Dia betul-betul marah. Man tak dapat berkata apa-apa.

"Maruz... mama rasa kita batalkan saja pertunangan kau dan Filza." Papa dan mama diam seribu bahasa. Rasa malu menebal di wajah mereka.

"Mama.... Maruz yang nak mendirikan rumahtangga dengan Filza bukan Man or mama dan papa."

"Maruz, kau dah pandai membalas kata mama. Nie tentu Filza yang ajar."

"Okey... macam nie je. Kita batalkan saja pertunangan ini." Papa memberitahu. Entah mengapa papa boleh marah betul hari ini.

"Uncle, auntie, abang Maruz dan all of u.... please.... Filza merayu jangan le gaduh kerana Filza." Aku membuka mulutku. Sejak dari tadi asyik berdiam diri je. Tiba-tiba satu tamparan singgah dipipiku. Aku bagai tak percaya, selama ini papa tak pernah menyentuh pipiku.

"Papa... kenapa tampar, Filza?" Abang cuba membela aku.

"Papa malu.... malu kerana dapat anak macam adik kau, Zul. Seolah-olah dia tak ada maruah. Papa kesal," tegas papa.

"Kenapa dulu papa tak buang saja, Filza? Kenapa? Kenapa tak bunuh je Filza, papa? Filza cuma tahu malukan papa je... susahkan papa...." Aku menangis. Maruz tercegat mendengar bicaraku.

Aku ingatkan hari ini penuh kegembiraan tapi sebaliknya hujan di tengah hari. Keadaan mula reda. Semua orang berdiam diri. Aku mula menyalahkan diriku. Maruz duduk di tepi aku. Dia membisikkan sesuatu... sesuatu perkara yang baru aku ketahui. Lalu aku bangkit. Tanpa disedari badanku tiba-tiba rebah. Suasana menjadi kelam kabut. Aku terus di bawa ke hospital.

Suasana makin menjadi cemas bila Maruz memberitahu sebab aku rebah. Semua orang menjadi kelu. Seolah-olah tidak percaya. Ia bagai satu mimpi. Baru semalam aku dilahirkan dengan tubuh yang sihat tapi sekarang dengan sekelip mata aku akan menuju ke alam baru.

"Zul, kenapa tak beritahu papa hal nie?"

"Zul... Zul... tak tahu papa sebab Maruz yang menjadi doktor Filza selama ini." Uncle memegang bahu papaku. Dia memohon maaf atas kejadian tadi. Baru dia mengerti mengapa Maruz sanggup beristerikan Filza. Man cuma berdiam diri. Dirinya diselubungi dengan rasa kesal.

Sebentar kemudian, aku diletakkan di dalam bilik khas. Maruz sibuk menjelaskan perkara tersebut. Aku membuka mata. Satu senyuman aku ukirkan buat Maruz.

"Filza... maafkan uncle dan auntie."

Aku cuma mengangguk. Aku cuba bangkit dari katil tapi ditegah oleh Maruz.

"Mama... papa.... maafkan Filza. Filza tak sengaja nak lukakan hati mama dan papa. Bagi Filza.... Filza rasa bahagia kerana selama nie papa dan mama telah membantu Filza untuk teruskan hidup sampai ke tahap ini. Filza tak dapat nak kata apa-apa lagi."

Tiba-tiba saluran pernafasan aku tersekat. Maruz cepat-cepat mengaturkannya. Semua ahli keluargaku dan Maruz bertambah risau. Namun begitu aku masih selamat.

"Filza... Man minta maaf." Man duduk di sampingku.

"Man... Filza... nak minta tolong Man." ujarku dengan lemah. Man mengiakan. "Bila Filza tak ada nanti, tolong Filza bagi satu warkah di dalam laci Filza kat abang Maruz. Walau apa pun terjadi, Filza tetap akan memaafkan semua orang Man termasuk diri Man." Sambungku lagi. Maruz tiba-tiba masuk. Aku terkejut. Wajahnya nampak resah.

"Filza okey ke?" Aku memegang tangan Maruz. Buat kali pertama aku menyentuhnya. Dia duduk di sisiku. Man keluar dari bilikku.

"Filza okey abang. Abang jangan le bersedih tau. Filza bukan nak pergi sekarang?"

"Filza, jangan le kata macam tu." Suaranya semakin lemah. Aku menyentuh wajahnya.

"Filza, Maruz akan cuba bantu Filza." Satu harapan buatku. Namun aku sedar ia takkan terjadi.

"Maruz.... Filza.... ya... Allah... abang sakitnya." Tiba-tiba aku meraung kesakitan.

Maruz menjadi cemas. Semua ahli keluargaku menemuiku. Maruz menggelengkan kepala.

"Ai... jangan le bersedih atas pemergiaan Filza nanti. Anggap je Filza tak pernah wujud. Entahlah kenapa semua perkara yang buruk terjadi pada Filza? Tapi sekarang mama... papa... uncle... auntie... abang... abang Maruz... Man tak perlu risau. Filza akan ke dunia lain." Tanganku memegang erat tangan Maruz.

Kini aku pergi buat selamanya. Maruz menutup mukaku. Satu ukiran senyuman terakhir sempatku berikan. Maruz cuma berdiam diri. Mama menangis kehilangan seorang anak.
Kehidupan mama dan papa mula berubah. Maruz membaca warkah terakhir dariku.


Buat insan yang menyintaiku,

Abang....Filza pergi ke dunia baru tapi hati Filza tetap bersama abang. Usahlah abang merindui diri Filza................

Maruz tidak dapat membaca habis warkah tersebut. Air matanya membasahi pipinya. Aku meninggalkan dunia ini dengan kenangan yang abadi. Agarku pergi dengan hati yang tenang. Takdir telah memisahkan kita. Alam baru menerimaku dengan tangan terbuka.



Hidup yang tidak memiliki tujuan
jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.

Sunday, February 05, 2006





Sambil² leypark tuh pe kate korunk lyn lagu² yg ade kt sinih... bkn sng nk wat nih....



korunk cume kene tkn play je kalo nk play then choose lagu no. bape nak..
list lagu ade kt bwh ek...





1>Untuk Terakhir Kali by Siti Nurhaliza
2>Dibawah Pohon Asmara by Siti Nurhaliza
3>Pudar by Rossa



Wednesday, January 25, 2006



hari nih mama sesangat lah sebuk...... macam2 yg kene wat
sampai mama x rilex sebentar bersama kit kat heheh...mama nk kene siapkan
kek ntk chinese nu year kot...... ntah la.....
perghh byk lak tuh....
pengsan beb......



p:s/nih bukan nenek kebayan ek heheheh nih anak die jerk heheheh
k ciow

Friday, January 13, 2006

KERINDUAN
Oleh : Gadis^_^ikhlas




" Puan, hasil dari pemeriksaan, puan di sahkan hamil 2 bulan. Namun, " Kata-kata doktor muda terhenti di situ.

Dada ku terasa semakin kuat debarannya. Aku bersyukur, kerana akhirnya aku hamil, namun dari raut wajah doktor di depanku, membuatkan debaran dada ku berbeza dari rasa kegembiraan.

"Doktor, adakah bayi ini akan selamat?"

"Puan, kami lebih pentingkan kesihatan si ibu pada peringkat ini".

"Katakan doktor, saya hanya mahu tahu keadaan bayi ini". Perbualan bersama doktor peribadiku tengahari tadi masih terngiang-ngiang diruang minda. Sesekali aku akan membelai perut ku yang belum ketara kehamilan ku. Hati ku memuji kebesaran Illahi. Saat yang diri ku nantikan dan juga suami ku idamkan kini tiba. Tiba-tiba nama-nama pilihan ku bersama suami ku sebelum kami berkahwin dulu, muncul satu persatu di depan mata.

"Sayang, abang nak bagitahu sesuatu boleh tak?"

"Erm.. cakap lah bang, As dengar".

"Sayang, kalau kita dapat anak perempuan, abang nak namakannya Nur Hannani atau Nurul Aini.."

"Kalau lelaki, As nak namakan Muhammad `Izudin atau Muhammad Saifudin".

Demikian mesra perbualan pasangan kekasih suatu ketika dahulu. Hubungan kasih yang hanya di eratkan melalui perbualan telefon kerana berada di benua yang berlainan, begitu utuh sehingga ke jinjang pelamin.

Tin.Tin.. Lamunan ku terganggu, bila kereta di belakang ku membunyikan hon. Rupanya lampu isyarat sudah bertukar warna hijau. Aku mengisyaratkan bahawa aku akan menggerakkan kenderaan ku secepat mungkin. Terasa masa begitu lama. Aku ingin segera pulang dan mengkhabarkan berita kehamilan ku pada orang tuaku, mertua ku dan sanak saudara ku yang lain. Yang pastinya, akan ku khabarkan buat suami ku yang tercinta. Ketika membelok masuk ke halaman rumah ku, kelihatan kereta suami kuberada di ruang depan rumah. Sambil memperlahankan kereta dan mengambil kedudukan di sebelah kenderaan suamiku, aku mencari kelibat suamiku.

Di sudut halaman kelihatan suamiku menyiram pokok cili dan sayur-sayuran tanpa menyedari kepulanganku. Aku tersenyum sambil mengunci pintu kereta dan berjalan berjengket-jengket menghampiri suami ku.

"Assalamualaikum abang......" Aku memberikan salam sambil menyucuk pinggang suamiku.

Suami ku terkejut dan berpusing. Aku tak sempat mengelak diri daripada terkena pancuran air yang keluar dari hos getah di tangan suamiku.

"Wa alaikumusalam sayang..... Ha...kan dah kena tu. Nakal nya isteri abang ni...." Hisyamudin, suami ku tercinta, tersenyum nakal. Penuh misteri.

Aku segera berlari meninggalkannya. Suamiku mengejar dari belakang sambil cuba memancutkan air ke arahku. Seperti budak-budak yang main perang air. Demikian lah keadaan kami berdua.

"Abang, dah la tu. Malu kalau jiran tengok." Aku cuba mengalah. Suami kutergelak dan menutup kepala paip.

"Okay, abang masuk dulu, sayang tunggu abang. Abang ambil tuala." Aku hanya mengangguk dan membuka `boot' belakang kereta ku dan mengambil semua barang-barang yang ku beli dari supermarket tadi. Malam ini aku akan menjamu suami ku dan mengkhabarkan berita gembira ini.


****

"Alhamdulillah, sedap sayang masak malam ni." Suami ku memuji masakan ku ketika ku letakkan cawan kopi di depannya.

"Malam ni jer ke bang? Malam yang lain tak ker?" usik ku. Aku menjeling manja pada suami ku.

"Tiap-tiap malam sedap..Cuma malam ni special sikit rasanya. Ada apa-apa ker?" suami ku cuba memancing.

Aku tersenyum dan duduk di lantai, hampir dengan kaki suami ku. Aku menongkatkan dagu ke lutut suami ku. Terasa tangan suami ku membelai lembut rambut ku. Aku melepaskan keluhan pendek. Bersedia mengkhabarkan berita yang mengejutkan ini.

"Abang, As rasa, Hananni atau Aini atau `Izudin atau Saifudin....nak datang la bang" aku memberikan klu pertama.

Tiba-tiba tangan suami ku terhenti di ubun-ubun kepalaku. Tangan di bawah daguku, segera dicapai dan dia menyentuh lembut daguku. Wajahku di angkat menatap wajahnya. Kelihatan kerut halus di dahi suamiku.

"Sayang, cuba jelas kat abang, apa yang sayang maksudkan dengan nak datang tu?" kedengaran suara suamiku bergetar.

Aku cuba memberikan senyuman, namun suami ku tidak membalasnya. Masih jelas kelihatan kerutan di dahinya.

"Abang, As pergi klinik tadi....." Kata-kata ku tersekat. Terasa seperti ada bebola besar menghalang di kerongkong ku.

Suamiku mengalih kedudukan. Dari kerusi, dia beralih duduk bersama ku di lantai tanpa melepaskan pandangannya dari wajahku.

"Kemudian...? Doktor kata apa sayang?" Suamiku meminta penjelasan.

Tangan ku di genggam erat. Sebelah tangannya membelai lembut pipi ku.

"As... hamil. Dah 2 bulan bang....." Aku melepaskan nafas kelegaan.

Ku tatap raut wajah suami ku dengan penuh kasih sayang. Sedikit senyuman mula terukir di sudut bibirnya. Wajah ku di raup dengan kedua belah tangannya. Satu kucupan lembut menyinggahi dahi ku dan kedua belah mataku.

"Sayang, abang bahagia. Alhamdulillah. Abang nak buat sujud syukur." Suami ku terus berdiri dan meninggalkan ku keseorangan di ruang tamu.

Aku masih teringat ketika kali pertama aku menghubunginya melalui telefon dahulu. Selesai perbualan di telefon, dia melakukan sujud syukur. Ketika ku tanyakan, kenapa berbuat demikian, suami ku menjawab, apa yang dia idamkan selama ini Allah makbulkan. Kemudian sejurus ijabkabul, dia melakukannya lagi. Di hadapan ku, ketika aku telah sah menjadi isterinya. Di hadapan sanak saudara ku, di dalam bilik pengantin kami, dia melaksanakannya. Ketika itu, aku lah perempuan yang bertuah kerana memiliki suami sepertinya. Sehingga saat ini, masih ku rasakan betapa bertuahnya diriku dan bakal anak-anak kami nanti, memiliki pembela keluarga sepertinya. Seketika, ku pejamkan mata. Terasa pelupuk mataku hangat bergenang airmata. Ya Allah, tidak putus-putus ku panjatkan kesyukuran. Semoga kegembiraan suami ku berkekalan. Hati ku berseru lembut sambil mengusap perut ku yang masih kempis, Wahai anak-anak ku, kalian lah penghubung kasih ku. Entah berapa lama aku berkeadaan demikian, tiba-tiba terasa satu kucupan lembut di dahiku. Ku buka mata, dan di depanku, suami ku berlutut dan tersenyum. Wajahnya penuh kasih sayang. Aku ingin menikmatinya selama mungkin. Ku rebahkan kepala ku ke dadanya, dan suami ku membisikkan kata-kata cintanya. Malam itu, ku nikmati sentuhan kasih suami ku seperti malam pertama kami bersatu. Namun di penghujung sentuhannya, terasa airmata ku mula bergenang lagi. Hati ku terasa sebak secara tiba-tiba. Abang, As cintakan abang selamanya.


****

"Sayang, cukup lah tu. Penat nanti. Biar abang siapkan....okay?" Hisyamuddin menegur isterinya yang asyik menanam bunga kemboja merah di tepi batas sayur-sayuran mereka. Dia tersenyum bangga sambil melirik tubuh isterinya yang telah sarat 8 bulan mengandung. Sehingga saat ini, isterinya masih aktif berkebun, masih ligat membuat kerja rumah. Baru hari semalam dia menyerahkan surat permohonan cuti selama 3 bulan tanpa gaji. Sedikit pun tidak timbul rasa kesal di hatinya kerana tidak memperolehi gaji dalam 3 bulan ini. Dia ingin terus bersama isterinya. Berada di sisi isterinya sehingga saat melahirkan pasangan kembar mereka. Pasangan kembar mereka. Sememangnya satu anugerah yang tidak ternilai buat mereka suami isteri. Setelah beberapa kali disahkan bahawa isterinya tidak boleh mengandung, mereka tetap berusaha. Tidak kira dengan cara rawatan tradisional, ataupun moden. Mungkin inilah kesan yang terhasil melalui pil-pil yang diambil oleh isterinya. Kini penantian mereka berakhir, bukan seorang malah sepasang kembar akan menambah keharmonian rumahtangga mereka. Hisyamuddin berlalu ke pintu belakang. Dia ingin menyediakan minuman kegemaran isterinya. Milo ais. Dia tersenyum bila melihat susunan botol susu bayi dan beberapa perkakas untuk bayi yang bakal tiba. Sambil bernyanyi kecil, dia mula menjerang kan air. Dia tidak sedar Asmah sudah berdiri di muka pintu dapur.

"Hai, gembira nampaknya ayah si adik ni?" Kedengaran lembut suara isterinya menegur. Dia berpaling sambil tersenyum. Isterinya yang tercinta kelihatan amat cantik petang itu. Wajahnya begitu berseri seperti pengantin perempuan yang baru di kahwininya 5 tahun lepas.

"Sayang, abang tengok sayang ni cantik lah. Macam baru kahwin jer raut wajah sayang" Hisyamuddin tersenyum.

Kelihatan pipi isterinya bertukar warna. Kemerahan kerana malu. Dia tertawa melihat perubahan isterinya. Rasa cintanya semakin mendalam. Engkau lah bidadari ku, dunia dan akhirat sayang...bisik hatinya. Asmah melangkah perlahan ke arah suaminya. Bibirnya menguntum senyum. Hisyamuddin terasa jiwanya melayang. Senyuman bidadarinya begitu mempersona. Hai, bertuahnya diriku memilikimu bidadariku.

Lamunannya terhenti bila isterinya bersuara. "Abang, dah mula ambil cutikan? Erm... apa kata kalau kita balik kampung hujung minggu ni?" cadangan isterinya memang dah lama bermain di fikirannya.

Dia bersetuju dan mencadangkan agar mereka singgah ke rumah Usu nya sebelum tiba ke kampung halaman. Isterinya tersenyum lagi, manis dan berlalu menuju ke ruang tamu di depan. Hisyamuddin hanya memerhati langkah lemah isterinya. Susuk tubuh isterinya jauh berubah semenjak mengandungkan pasangan kembar mereka. Tidak terfikir olehnya akan kepayahan isterinya setiap saat menjaga dan merawat kandungannya. Sekali-sekala kedengaran erangan isterinya ketika tidur. Tidak tahu apa mimpi perit isteri. Kalaulah kepayahan dan kesakitan sepanjang isterinya mengandung boleh berpindah tubuh, ingin sahaja dia menanggungnya. Namun, setiap hari, isterinya tetap tersenyum manis menyediakan sarapan untuknya. Tetap setia menyambutnya di pintu rumah dan tetap manja berbaring di ribaannya. Jauh di sudut hatinya berdoa, Ya Allah! Permudahkan kelahiran anak-anak kami. Selamatkan lah bidadari ku ini.


****

"Din, mana bini kau? Senyap jer, tak dengar pun suara dia." Tegur Mak Lijah.

Di sorong talam kopi pekat dan kuih bahulu ke tengah meja. Semenjak dua hari ketibaan anak lelaki sulung dan menantunya ke kampung,hatinya begitu gembira. Apatah lagi dia akan menyambut kelahiran cucu kembarnya tak lama lagi.

"Ada kat luar mak. Katanya nak tengok pokok cili kat kebun belakang" Hisyamuddin menjawab sambil lewa.

Kopi pekat dan kuih bahulu, juadah kegemarannya. Sedikitpun dia tidak melihat raut wajah maknya yang kelihatan agak gelisah memikirkan isterinya. Dia lebih faham perangai isterinya. Pantang di larang, makin nak buat.Apa lagi dengan pokok cili yang mereka tanam 5 tahun lepas, kali pertama isterinya bertandang ke rumah ibunya. Setiap kali pulang kampung, pokok cili tu juga yang di lawat oleh isterinya.

"Din, panggil lah dia sat. Bini dah sarat tu, takkan nak biar keluar sorang." Mak Lijah memerintah anak lelakinya.

Sebenarnya, semenjak pagi tadi hatinya di landa kerisauan. Tanpa di sedari oleh menantunya, dia menyaksikan menantunya terbongkok-bongkok ditepi telaga. Masih jelas kedengaran erangan halus keluar dari mulut menantunya. Sesekali kedengaran suara seperti memuntahkan sesuatu. Hisyamuddin mengangkat muka, memandang ibunya. Dahinya berkerut seketika. Nada suara ibunya berlainan sekali.

"Kenapa mak? Din rasa lain macam jer mak petang ni." Dia memegang tangan ibunya.

Ibunya hanya mengeluh. Seperti sesuatu yang berat di tanggung oleh ibunya.

"Din, bini kau tu, sihat ker?" Hisyamuddin terkejut dengan soalan ibunya.

Pada jangkaannya, mungkin orang tua mempunyai firasat tertentu. Setakat ini, dia melihat isterinya sentiasa ceria cuma adakalanya letih.

"Insya Allah, As sihat mak. Cuma katanya agak letih sebab jauh perjalanan nak ke mari. Katanya sehari dua okay lah dia tu"

Dia cuba mengurangkan kegusaran hati ibunya. Namun kegusaran hatinya pula bertambah. Segera dia berdiri dan berlalu ke pintu belakang untuk mendapatkan isterinya. Ketika melalui batas kebun sayur, kelihatan kelibat isterinya membersihkan batas kebun cili. Semakin hampir, semakin di perlahankan langkahnya. Isterinya menyedari kehadirannya, dan mendongakkan kepala. Wajah kemerahan di basahi peluh. Satu senyuman terukir dibibir isterinya. Isteriku. Hanya itu ucapan di hatinya.

"Abang ingat lagi tak?..." Soalan isterinya terhenti setakat itu.

Dia berfikir dengan soalan isterinya. Dia duduk mencangkung di sisi isterinya sambil tangan nya ikut sibuk mencabut rumput-rumput kecil di batas pokok cili.

"Ingat apa sayang?..." Dia memohon penjelasan dari isterinya.

"Dulu... masa kita baru bertunang, abang kata, kita tanam pokok-pokok cili kat kebun rumah. Sebab abang suka asam pedas dan masakan lemak cili api." Hisyamuddin berpaling memandang wajah isterinya. Dia turut mengukir senyuman.

Memang itu permintaannya pada awal pertunangan mereka. Kenangan percintaan mereka memang masih utuh di ingatannya. Terasa seolah baru semalam berkenalan dengan isteri nya.

"Sayang..... I love you." Dia meraih tangan isterinya.

Walaupun tercemar dengan tanah kebun, dia tetap mengkucupnya. Isterinya tersenyum dan membalas ucapan nya.

"I love you too bang. Hanya Allah yang tahu hati dan cinta As pada abang." Pengakuan isterinya membuatkan dirinya terharu.

Segera di paut bahu isterinya, dan berdiri. Isterinya turut berdiri. Di usap lembut perut isterinya. Hatinya begitu bahagia. Semoga esok kebahagiaan ini tetap bersamanya. Dari kejauhan, Mak Lijah tersenyum memerhati gelagat anak lelakinya bersama menantunya. Di hatinya tidak habis-habis berdoa, Ya Allah! Bahagiakanlah mereka, dunia dan akhirat.


****

Hari semakin hampir. Terasa debaran di hati semakin kuat. Aku berpaling ke sebelahku. Suami ku terlena sambil memeluk ku. Tangan nya terletak di atas perut ku yang sedang sarat mengandungkan anak kami. Nafasnya perlahan, terasa hangat ke bahuku. Begitu tenang sekali raut wajahnya.Ku letakkan tangan di atas tangan suami ku. Sesekali terasa gerakan halus anak-anak kami. Agaknya mereka merasai pelukan dari abi dan ummi mereka. Sudah seminggu kami berada di kampung. Sambutan sanak saudara suamiku begitu mengharukan. Kakak iparku iaitu kak kedua suamiku, begitu sibuk membantuku untuk persiapan bersalin nanti. Aku memilih untuk melahirkan anak-anak kami dikampung halaman suami ku. Walaupun ayah dan ibu ku mahukan aku bersalin di negeri kelahiran ku, namun permintaan suamiku perlu ku dahulukan. Akhirnya, adik-beradik serta orang tua ku mengambil keputusan untuk datang bertandang ke rumah mertua ku seminggu sebelum aku di jangkakan bersalin. Ah...ada lagi 2 minggu untuk sampai ke tempoh itu. Tiba-tiba terasa sakit menusuk ke bahagian sebelah kanan perut ku. Aku hanya mampu mengerutkan dahi. Menahan kesakitan yang ku alami semenjak kehamilan ku berusia 4 bulan. Ku cuba menggigit bibir. Menahan semampu yang boleh. Namun terasa seolah kesakitan kali ini berlainan. Ia seakan menyengat sehingga ke pangkal dada. Dan aku terasa seolah sekeliling ku berputar. Suara cengkerik di luar rumah semakin sayup kedengaran. Seluruh tubuhku terasa semakin dingin. Cuma satu yang dapat ku lakukan. Ku cengkam tangan suamiku.....


****

Hisyamuddin terjaga. Terasa tangannya kebas dan pedih. Namun pandangannya terhenti di wajah isterinya yang sedang berkerut menahan kesakitan. Hisyamuddin bingkas duduk dan memegang bahu isterinya.

"Kenapa sayang?... Sakit kat mana?..dah sampai masa ker?" bertubi-tubi soalan di tujukan.

Namun isterinya tetap tercungap-cungap sambil mencengkam lengannya menahan kesakitan.

"MAK... KAK LONG.....!!!!" Dia menjerit sekuatnya. Jeritannya cukup kuat mengejutkan seisi rumah.


****

Dia merenung wajah isterinya. Kelihatan lemah dan tidak bermaya. Serkup mulut yang membekalkan oksigen untuk isterinya sudah tiga hari dipasang. Namun tidak sedikitpun tanda-tanda isterinya akan sedar. Jari jemari isterinya disentuh lembut. Terasa dingin. Di kucup satu persatu jari halus isterinya. Pemandangan sambungan wayar dan hos-hos kecil ke lengan dan seluruh tubuh isterinya sebagai bekalan glukos dan nutrien tubuh, merobek hati nya. Setitis demi setitis air matanya mengalir. Dia tidak perduli egonya hilang di saat itu.

"Sayang, abang dah lihat Nur Hannani dan `Izuddin. Mereka sihat sayang, Cuma rindu kat ummi mereka." Dia terus berbicara seolah-olah isterinya mendengar setiap ucapannya.

Di kucup tangan isterinya. Masih dingin. Mak Lijah tidak dapat menahan sebak dadanya. Sehingga ke hari ini, keadaan anak lelakinya tetap seperti itu. Tetap setia di sisi katil isterinya. Besannya pun tetap setia melawat bilik wad menantunya. Kelihatan anaknya berdiri. Dia turut menegakkan badannya. Anaknya menoleh memandangnya.

"Mak, Din nak tengok anak-anak dulu. Lepas tu nak solat asar dahulu. Kalau apa-apa perubahan, panggil doktor cepat-cepat yer." Pesan anaknya.

Dia hanya mengangguk. Lalu mengambil tempat anaknya di sisi katil menantunya. Hisyamuddin merenung tangan kecil Nur Hannani. `Izuddin sedang lena tidur. Hanya Nur Hannani masih terjaga. Sesekali kedengaran esakan kecil dari mulut anak perempuannya. Dia mengangkat tubuh kecil dan mencium pipi anaknya bertubi-tubi. Hatinya terasa sebak tidak terkata. Kalaulah Asmah ada bersama....... Ahhh...As, lihatlah anak-anak cinta kita ini. Ya Allah! Ku terima anugerahmu. Bukti cinta kami. Ya Allah! Selamatkanlah kekasihku, isteriku, ibu pada anak-anakku ini. Itulah munajatnya di setiap penghujung solatnya. Saban hari air matanya tetap mengalir. Hisyamuddin berdiri di muka pintu. Matanya tidak berganjak dari memandang sekujur tubuh isterinya. Kenapa sayang? Kenapa sayang simpan derita ini berseorangan? Kenapa biarkan barah itu bersarang di perut dan hati sayang? Kenapa sayang tanggung seorang? Kenapa? Kenapa?!! Hatinya bermonolog sendiri. Kenyataan dari doktor keluarganya seperti hentakan batu besar ke tubuhnya. Suami jenis apa kau ni? Derita isteri kau biar dia tanggung seorang. Satu suara lain menuduh dirinya. Dia tertunduk menangis. Terasa bahunya di sentuh. Rupanya ibu nya sudah berdiri di sisinya.


****

Tempat apa ini? Terlalu dingin dan sepi. Mana kesakitan yang ku tanggung tadi? Ku lihat sekeliling. Semuanya kabur. Terasa tubuhku dalam kedinginan. Ku cuba pejamkan mata. Dan buka kembali. Suami ku. Suami ku berdiri di muka pintu. Kenapa dia menangis? Aku cuba gerakkan tanganku. Terasa pedih. Terasa dingin. Ku kuatkan hatiku. Ku gagahkan tubuhku. Ku gerakkan tanganku. Terasa sedikit pergerakan. Ku sentuh perutku. Kempis! Di mana anak-anak ku? Fikiran ku ligat. Ah.. malam itu. Kesakitan itu. Saat itu lah aku akan melahirkan zuriat ku. Di mana mereka sekarang?..

"Abang..?" Aku cuba bertanya suami ku.


****

"As.... Sayang. Sayang dah sedar?" Hisyamuddin memeluk isterinya. Di kucup dahi isterinya berkali-kali.

"Mak, panggil doktor mak....cepat".

Mak Lijah tercegat kelu di muka pintu. Maha suci Allah...Dia kehilangan upaya secara tiba-tiba. Namun suara arahan anaknya membuatkan dia segera berlalu memanggil sesiapa sahaja yang berkenaan di luar bilik.

"Abang.... Ah..anak-anak mana bang?" Asmah bertanya.

Namun segera di tahan suaranya bila merasa tusukan perit di dadanya. Nafasnya terasa sesak.

"Sayang...jangan cakap apa-apa dulu. Ani dan Idin sihat sayang.. Rindu kat ummi mereka".

Hisyamuddin membahasakan nama manja anak-anaknya. Hatinya tidak berhenti-henti bersyukur mendengar suara isterinya. Di muka pintu, seorang doktor muda bersama jururawat melangkah masuk.

"Encik Hisyamuddin, boleh keluar sekejap tak?"


****

"Mereka comel kan bang?.... Idin nanti macam abang. Belajar agama..jadi pembela agama." Asmah memangku `Izuddin di pangkuannya. Nur Hannani lena di pangkuan Hisyamuddin.

"Sayang, terimakasih sayang. Membawa benih cinta kita ini ke dunia.... I Love You." Hisyamuddin mengucup dahi isterinya. Namun, di kelopak matanya tetap bergenang airmata. Dia cuba menahannya semampu mungkin. Asmah, isterinya tersenyum. Wajahnya begitu ayu. Rasanya cintanya melimpah ruah terhadap isterinya. Bidadari dunia dan serikandi cintanya.

"Sayang... anak-anak dah tidur, abang kena hantar mereka ke nursery. Sekejap lagi, mak dan ayah akan datang melawat." Dia memaklumkan waktu menyusukan anak telah habis.

Di ambil tubuh kecil `Izuddin dan di letakkan di sisi Nur Hannani. Sebelum berlalu keluar. Dia mengucup dahi dan mata isterinya sekali lagi.

"Sayang tunggu abang yer, abang pergi sekejap jer." Dia berlalu keluar. Ketika di luar biliknya, air mata yang tertahan mengalir keluar. Namun hatinya redha. Isterinya tetap akan meninggalkan nya. Doktor telah mengatakan, sel-sel barah telah memakan sebahagian organ dalaman isterinya. Menghitung hari. Hatinya perit memikirkan hari-hari yang bakal tiba. Ya Allah! Tabahkan hatiku.


****

"Mak, Din balik hari ini. Tolong kemaskan barang-barang Ani dan Idin. Baju-baju As biar Din kemaskan." Hisyamuddin memberitahu ibunya.

Raut wajahnya muram. Semuram langit petang itu.

"Mak, Din keluar sekejap yer..." Mak Lijah hanya mengangguk lemah.

Sayang. Abang datang untuk kali terakhir. Ani dan Idin perlu pulang ke mahligai kita. Mereka akan menyaksikan agung cinta kita. Hisyamuddin bersila di sisi pusara isterinya. Nisan yang masih baru dan tanah yang masih merah mengundang nostalgia terakhirnya bersama isterinya.

"Abang, ... As tak tahan bang. Izinkan As bang." Asmah menarik nafas dalam kepayahan.

"Sayang....abang redha sayang. Jika ini yang terbaik, abang kembalikan sayang pada yang berhak" Hisyamuddin mengenggam tangan isterinya.

"Abang....ampun kan dosa-dosa As... Halalkan semuanya bang."

"Sayang.... Isteri abang dunia dan akhirat. Abang ampunkan. Sayang.... I Love you..."

"Abang... I Love you...abang...peliharalah cinta kita dengan baik yer bang... Ani..Idin...kasih As selama-lamanya untuk abang..."

"Sayang....mengucap sayang... Ashadu anla Ilaha Ilallah..."

"Ashadu ...Anla Ilaha..Ilallah....."

"Wa asyhadu anna Muhammaddur Rasulillah..."

"Wa Ashadu anna..Muhammaddur..Rasulllah." Pergilah sayang. Engkaulah isteriku dunia dan akhirat. Hisyamuddin tersentak bila mendengar beduk Asar berbunyi dari surau yang tidak jauh dari pusara isterinya. Dia membaca surah Al-fatihah sebagai sedekah ikhlas buat isteri tercinta.


****

Suasana rumah agak gelap. Di petik suis lampu. Keadaan rumah tetap seperti yang di tinggal. Cuma bunga mawar telah layu di jambangan. Wangian rumah semakin kuat mencengkam ingatan pada isterinya. Dia meletakkan anak-anaknya di dalam buaian yang memang telah tersedia di ruang depan. Dia berdiri di tengah rumah. Menarik nafas panjang dan cuba tersenyum. Ya Allah! Peliharalah kami. Berikanlah kami kebahagiaan selamanya. Izinkan lah hambamu ini menyemai kasihnya selamanya. Dia menoleh ke arah buaian anak-anaknya. Dan berkata.....

"Sayang ku... di sinilah mahligai kasih ummi dan abi. Di sinilah abi bermanja di ribaan ummi. Di sinilah... di sini lah cinta dan kasih ummi akan bersama selamanya......"

TAMMAT

Saturday, January 07, 2006

CERITA-CERITA PENDEK

Hari ni dan mungkin hari-hari seterusnya nenek nak tempek cerita-cerita pendek yang dihadiahkan oleh kawan nenek, sama-sama bertapa di gua malap.. hehehehe....

Katanya cerpen ni adalah sumbangan tuanpunya nama yang tertera.......


LIKU-LIKU KEHIDUPAN!!!
Oleh : NAZREEN MY SWEETHEART

“Ayah…! Ayah…! Jangan tinggalkan kami ayah!” jeritan terhenti seiring dengan hembusan nafas terakhirnya. Aku digelar anak yatim dalam usia semuda 16 tahun. Keluargaku umpama sebuah kerusi yang patah sebatang kaki. Kerusi itu tidak stabil. Kini, ibu juga perlu memainkan peranan kaki yang patah itu supaya aku dan adik-adik yang duduk di atasnya tidak terjatuh.

“Ah Li, tamatkanlah alam persekolahan kau. Jadilah pengganti mak di rumah ketika mak keluar bekerja.”

Aku pun menguruskan hal-hal dirumah pada waktu siang. Setelah suria kembali ke kamarnya, aku ke kelas malam. Niatku cuma satu. Menuntut ilmu. Aku tidak mahu kekontangan ilmu.

“Ah Li, usahlah ke kelas malam itu. Takut mak. Kalau-kalau sesuatu yang buruk berlaku. Apa yang harus mak buat?”

“Janganlah risau, mak. Hanya pelajaran yang akan mencerahkan masa depan kita.” Kali ini aku tidak mengikut kemahuan emak. Perbualan kami terhenti. Hanya bunyi cengkerik kedengaran. Beberapa ekor kelkatu riang beterbangan mengelilingi lampu pijar yang bercahaya. Tidak seperti aku yang dilimpahi air mata.

Masa bergeraksepantas kelajuan cahaya 3.00 x 108 ms-1. Sekelip mata sahaja tujuh bulan sudah berlalu. Kubelek kalendar Cina. Bulan sembilan sudah menunjukkan muka. Sembilan hari yang pertama dalam bulan sembilan malangbagi orang Cina. Hari suih. Malapetaka akan datang tanpa dijemput. Aku tidak percaya. Tahyul. Namun begitu, kami disuruh mandi air limau untuk menolak bala.

“Ah Li, janganlah keluar malam ini.”

Aku mengingkari arahan emak untuk kali kedua. Aku berjalan ke kelas malam di bawah sinaran lampu jalan.

Tiba-tiba, satu ketulan batu sebesar bola ping pong mendarat di kepalaku. “Ah! Sakitnya.” Aku menoleh. Perasaan terkejut menguasai jiwa. Peluh sejuk memanjat keluar melalui liang-liang peluh yang seni. Hormon estrogen dirembeskan oleh medula estron. Seorang lelaki mistik terjengkot-jengkot ke arahku. Mukanya diselimuti misai dan janggut. Bajunya compang-camping dan busuk. Hidungnya mancung. Lelaki berambut kusut-masai ini menggemgam lastik di tangannya. Aku terpaku. Kakiku seolah-olah terlekat ke lantai oleh gam UHU.

“Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!” Tanggannya yang bergerutu menepuk bahuku. Duniaku mulai gelap.

“Adik! Bangun, dik!”

Tanpa diminta, gelombang bunyi itu menuju ke gegendang telinga, koklea dan akhirnya diinterpretasikan di otak. Bau minyak angin pula menusuk ke duniaku. Aku merasakan duniaku beransur terang walaupun cuma di bawah sinaran lampu-lampu di tepi jalan. Aku dibaringkan dalam posisi yang ganjil! Tidak pernah pula aku terbaring sedemikian meskipun sudah 16 tahun menghuni dunia yang fana ini.

“Adik tak apa-apa?” Lelaki yang ku kenali dan meminjam wajah David Duchovny mengajukan soalan.

“Apa yang berlaku? Mengapa aku di sini? Dan apakah pula maksud baringan ini?”

“Oh, adik pengsan tadiselepas dirompak. Jadi saya baringkan adik dalam Recovery position.” Balasnya.

“Recovery position?”

“Ya, kedudukan pemulihan. Satu baringan untuk mangsa yang pengsan. Mmm, ini beg adik.

Perompak tadi sudah ditangkap polis.” Pemuda yang menggelarkan dirinya Stephen menyerahkan beg yang lusuh itu tanpa diminta. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Hubungan aku dengan Stephen semakin erat. Hubungan yang tidak dapat dipisahkan walaupun La Nina melanda. Stephen, seorang graduan dati institut pengajian tinggi tempatan banyak membantu aku. Dorongan yang diberikan banyak mengurangkan beban yang dipikul atas bahuku. Sungguh bertuah dapat bersama jejaka yang tampan lagi berpengetahuan luas. Sembilan hari yang pertama pada bulan sembilan adalah hari bertuah untukku.

“Ah Li, kau pasti selamat bersamaku. Kalau ada harimau yang buli kau, satu persatuakan saya sepak.”

“Yalah tu. Mengada-ngada pula. Mentang-mentanglah pemegang tali pinggang hitam dalam taekwondo.”

“Ah Li, berani kau keluar dengan Ste... Ste...”

“Stephen, mak!”

“Ha, Stephen tu!. Latar belakangnya kau tak tau. Mana tahu kalau-kalau dia tu... Ah, perhubungan dia dengan kau tentu ada udang di sebalik batu.”

“Kalau ada udang disebalik mi, tentu dah masuk ulut saya.” Kataku berjenaka.

Aku sungguh bangga besama Stephen sehinggalah pada suatu hari. “Ah Li, aku ada satu kejutan untukmu.” Katanya sambil mengangkat topi nike birunya.

“Aaaaaaaahhhh!” Aku sememangnya terkejut. Pitam rasanya. Tidak kusangka lelaki idamanku ini bertukar wajah.

“Ram... Rambutmu dah tumbuh kaki? Sudah lari?”

Kepalanya dibotakkan.

“Eeeeijh, sami pula fikirnya. Kau ni macam katak bawah tempurung. Ini fesyen rambut terbaru.”

Aku bingung.

“Jom, mari ikut aku!”

Disko. Tempat yang gharib bagiku. Inilah julung kalinya aku melangkah masuk ke tempat seperti ini. Homo sapiens (lelaki) di sini berwatakan seperti makhluk dari planet lain. Mereka terkinja-kinja seperti orang yang hilang akal.

Entah fesyen apa yang digayakan. Telinga, hidung, tangan dan kaki dipenuhi barang-barang kemas. Entah tulen, entah palsu. Subang, gelang, rantai dan cincin semuanya mengambil tempat masing-masing.

Pakkk! Aku ditolak oleh seorang penari bogel. Aku tersungkur. Pandanganku berkunang-kunang.

“Ah Li, kau okay?” Tanya Stephen sambil memapahku ke kerusi. Tekak terasa kering. Aku meneguk jus oren yang dihulurkan Stephen. Namun aku masih pening-pening lalat.

“Makanlah panadol ni. Nanti lega sikit pening kau.” Suara si Jangak itu bergema di lubang telingaku.

Uuuuuhhh! Lega rasanya. Tetapi aku seolah-olah masuk ke dunia baru. Puncanya tidak diketahui. Otakku kosong. Ringan. Kakiku tidak lagi menjejak nyata.

“Terbang! Saya nak terbang tinggi di angkasa.” Badanku tiada lagi daya imbangan.

“Stephen, ada lagi benda tu?”

“Pil ecstasy?” Ada. Tetapi harga sudah naik oooooo...!

“Apa! Harga naik lagi? Mana aku ada duit. Kau ingat aku ada kilang cetak duit!”

“Kalau duduk-duduk saja, tentu tak ada duit. Duit tak ada sayap. Duit tidak tahu terbang kepada kau. Jom, ikut aku.” Ajak Stephen.

Aku tidak bersekolah lagi. Prinsip hidupku lenyap. Pulang ke rumah pun jarang. Malas mendengar leteran emak. Aku mula menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan. Pejabatku di kaki lima yang gelap. Waktu kerja, ketika bintang berkelip-kelip di perut langit.

“Jangan bergerak! Serahkan duit!”

Inilah ayat yang sering kulafazakan. Tidak kusangka Stephen yang menyelamatkan aku daripada dirompakdahulu, kini mengajarkan merompak. Memang senang mencari duit. Apabila penghuni kota dibuai mimpi, kami ke disko. Menari, minum arak, berasmaradana dan melahap pil ecstasy. Pil ini lebih penting daripada nasi yang merupakan makanan rugi rakyat Malaysia. Kami, kutu embun akan berkumpul hingga subuh menjelang.

“Uuuuh, boringlah! Asyik pasangan yang sama.” Keluh Stephen.

“Kalau macam tu, kita exchange partner.” Sambung Allen, ketua geng kami.

“Kau ingat kita ni barang ke? Nak tukar macam mana?” Bantahku.

“Hei budak kampung! Kau ni kolot betul. Aku sokong kau, Allen.” Ah Chuan mencelah.

Aku membisu seribu bahasa. Apa yang boleh dibuat hanyalah mengikut telunjuk mereka. Allen menjadi temanku yang baru. Mengikut kontrak, pertukaran kami sah untuk sebulan. Aku berharap masa berlalu dengan cepat. Sungguh menderita hidup dengan Allen. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya saat yang dinanti tiba.

“Tarikh kontrak sudah tamat. Tukar semula pasangan.” Aku mula berbicara.

“Aku tak nak. Aku nak hidup dengan Ah Li.” Balas Allen.

“Apa? Itu tak aci! Pulangkan Ah Li padaku.” Bentak Stephen.

“Okay... Okay! Jangan gaduh. Amacam kalau kita race. Jalan raya pun lengang. Kita tuannya sekarang. Kalau Allenmenang, kita batalkan kontrak. Kalau Stephen menang, saya miliknya.” Lidahku petah menuturkan syarat-syarat kontrak yang baru.

“Ke garisan permulaan. Satu, dua, tigaaa!!!”

Allen menekan pedal minyak. Pecut. Kecut juga perut. Tetapi..., wow! Sungguh seronok. Kereta yang kami pandu bukanlah kereta spot mewah. Tetapi kami bangga. Kami anak Malaysia berlumba dengan kereta buatan tempatan.

Angin masuk melalui tingkap yang ternganga. Mukaku diterpanya. Pohon-pohon di tepi jalan melambai-lambai dan mengucapkan selamat tinggal kepada kami. Selamat tinggal?

Mataku merayau-rayau. Tiba-tiba terpaku ke lantai kereta. Sebuah diari. Aku tunduk. “Ah! Tali pinggang ni. Leceh betul.” Tanpa berfikir panjang aku menanggalkan. Diari itu digenggamku. Allen yang kusyuk memandu tidak menyedari perbuatanku. Mataku difokuskan pada muka bertarikh 31 Disember.

Akan kujual si bodoh (Ah Li) ke Thailand esok.

-ALLEN-

“Berhenti!”

“Apa dia?”

“Allen, bedebah kau! Aku kata berhenti! Atau kita mati bersama.”

Kemarahanku kian meluap-luap. Aku hilang pertimbangan. Tapak tanganku singgah di pipi Allen. Tamparanku merupakan permulaan satu tragedi. Proton Satria yang dipandu Allen hilang kawalan.

“Brek tidak berfungsi.”

Kata-kata itu mengejutkan aku. Adakah aku akan menemui ajal dalam usia semuda ini? Aku tertoleh ke meter kelajuan kereta. 110 km/j. Kelajuan ini cukup untuk membunuh kami.

Kereta kami terus memecut sebelum melanggar pembahagi jalan. Praaangg.... Boom! Kereta sport Stephen juga yang hilang kawalan terus merempuh belakang kereta yang kami naiki dan terbalik beberapa kali.

Kelajuan kereta di litar lumba haram ini melebihi 100 km/j menghasilkan momentum yang tinggi semasa perlanggaran. “Ah, sakitnya.” Seluruh tenaga digunakan untuk membangkitkan kepala dari dashboard. Kutoleh ke arah Allen. Aaaaahhh! Keadaannya sungguh dahsyat. Mukanya dilumuri darah. Kakinya tersepit pada besi badan yang remuk.

Aku menyapu darah di kepalaku.

“Ah, merah... darah!” Cecair yang mengadungi sel-sel eritosit mencurah-curah keluar dari kapilari darah yang pecah. Aku meminta tolong. Tiada yang datang menolong. Jalan raya terus menyepi.

Aku menghalakan pandangan kepada kereta Stephen. Satu tubuh kaku di dalamnya. Aku pula mengerang. Selepas itu pandanganku terus gelap.

“Mak, abang Long dah bangun!” Suara manja itu menusuk masuk ke telinga. Dengan perlahan-lahan, kelopak mata dibuka. Kulihat bayang-bayang emak dan dua orang adik duduk disisi katil. Tangan dicucuk dengan tiub yang menyalurkan larutan glukosa ke tubuh. Baginilah cara aku makan. Menurut emak, sudah seminggu aku terlantar di hospital.

Kakiku..... Oh! Kakiku. Plaster of Paris membalut kaki kiriku. Akan tempanglah aku!

“Makkk! Ooouchh.... Sakitnya.” Tangan mula meraba-raba mukaku. Tanganku yang lembut dapat merasakan mukaku yang bergerutu.

“Cermin! Berikan aku cermin.” Pintaku.

Aku sungguh terkejut. Tidak dapat kuterima kenyataan ini. Kira-kira 60 jahitan menghiasi mukaku. Sungguh hodoh.

“Aku nak mati.... Mati!” Emosiku sungguh tidak stabil. Seorang lelaki berkot putih menghadiahkan aku suntikan di lenganku. Tidur....

Jiwaku sentiasa bergelora seperti air di laut. Ingin benar aku meninggalkan dunia yang kejam ini. Untuk menenagkan emosi, aku diberi ubat trankuilizer.

Ibu dan adik-adikku tidak bosan memberikan dorongan. Kawan-kawan dan guru-guru di bangku sekolah dahulu turut datang menziarahi dan menghulurkan bantuan. Inilah sahabat sejati. Suratkhabar dan majalah diberikan kepadaku untuk menghilangkann kebosanan.

Suatu hari, aku sungguh boyak. Kubelek-belek senaskah suratkhabar. Aku tersentak dengan satu berita yang terpampang di suatu sudut.

Sindiket Menjual Lelaki Di Bawah Umur Tertumpas

KUALA LUMPUR, 25 Disember – Satu sindiket menjual lelaki di bawah umur berjaya dirumpaskan selepas dalangnya, Allen, 24, maut dalam satu perlumbaan haram. Stephen, 23, pembantunya turut terbunuh. Mereka adalah penjenayah yang sangat dikehendaki polis.

Polis berjaya memberkas empat lagi ahli sindiket lain hasil maklumat orang ramai. Sindiket yang merancang menjual beberapa orang lelaki di bawah umur ke negara Thailand sudah lama dijejaki polis.

Stephen sering menyamar sebagai penyelamat kepada lelaki yang pengsan akibat dirompak. Ramai lelaki di bawah umur yang terpedaya dengan kekacakannya. Sebenarnya, dialah perompak yang bermisai dan berjanggut lebat dengan pakaian compang-camping.

Akhirnya Stephen telah menanggalkan topengnya. Di sebalik topeng itu, dia seorang yang tidak bertanggungjawab, tidak berakhlak dan sampah masyarakat. Dia hipokrit. Pandai sungguh dia berlakon. Sehebat lakonan David Duchovny. Pertemuan kami di bawah perancangannya. Aku kesal kerana mengingkari kata-kata emak dahulu.

Rupa-rupanya selama ini, aku umpama sebuah kapal yang sesat di Lautan Pasifik. Tidak tahu arah yang hendak dituju. Dan, akhirnya tersalah memilih pelabuhan. Fikiran aku diimbas kembali ke zaman bangku sekolah. Kata-kata Miss Gee semasa mengajar Pendidikan Moral berkumandang di cuping telinga.

“Anak muda sekarang cenderung kepada aktiviti mencabar. Eemm, seperti lumba haram. Tapi tak terfikir implikasinya. Mereka egois. Nak jadi hero. Tapi tak ada kemahiran.”

Kedengaran pintu diketuk. Ooppsss! Rupa-rupanya sudah dua jam kotak memoiku mengimbas nostalgia silam. Awan lamunanku lenyap. Aku kembali ke alam nyata.

“Masuk!”

“Ah Li, sila bersiap-sedia.”

Mata difokus ke arah kalendar. 21 Mei 2020 terpampang di dada kalendar. Hari ini Hari Remaja Sedunia. Sempena dengan sambutan ini aku melancarkan sebuah novel berjudul _______________________ melalui internet.

Aku memuatkan pengalaman hidup zaman remajaku di dalamnya. Pengalaman itu sangat berharga, tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

TAMMAT


Hidup yang tidak memiliki tujuan
jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.

Friday, January 06, 2006

Esok lusa dah kita nak sambut Hari Raya Aidil Adha.

Ni mama tempek satu resipi dari members Resipi.net.. Sedapnya nampak. Boleh dicuba untuk raya ni.

AYAM PEDAS SERAI
(Dari Kak Noor Resipi.net)


Bahan2:
1 ekor ayam - kerat ikut suka dan goreng 1/2 masak

bahan2 kisar:5 ulas bawang kecik 2 ulas bawang putih cili kering (ikut suka banyak mana) (nak tambah cili padi boleh saja)
sedikit belacan kunyit hidup halia

lain2 bahan:1 asam keping
3 batang serai - di titik
santan
cili padi - saja letak eksyen sedikit
kacang tanah goreng / gajus


CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan mesin dan serai sehingga keluar minyak.

2. Masukkan ayam, santan, asam keping, biarkan seketika, sesekali kacau.

3. Lauk ini ala2 sambal kering dia, api kalau nak berkuah pun terpulanglah pada citarasa memasing.

4. Bila sudah masak, taburkan kacang tanah sebagai hiasan.sedap di jamu bersama nasi putih, ketupat, lontong, nasi impit, lemang, pulut atau roti. bubuh atas pizza pun sodap, dalm bun roti pun sodap, dlm instant puff pun sodap.selalu kalau kak noor rasa malas nak masak rendang, kak noor masak lauk ni je ... ringkas je.

Terimakasih laaa Kak Noor, nanti nenek nak try buat. Mesti menjilat kuku ni...

Tuesday, January 03, 2006

RESIPI.NET

Today I am going to introduce to those who have yet to get to know about Resipi.net....

It is a mailing list..... set up by Ms Jeni and supported strongly by her copartner Ms Diana.
The mailing list is all about food, food and more food. All sorts of recipes, be it Malay, Chinese, Indian or Engleesh dishes. The best thing about this mailing list are.... the response and feedback are very very fast........you asked and presto you will get the answer..... very the very seldom your question goes unanswered.

There hundreds of recipes and mostly the recipes was tried and tested...there are even a lot of sifus there..... who specialise on kinds of recipes and dishes.... Why don't you sneak and have look. You can try this link http://www.resipi.net .

Now I am a bit buzzzyyyy (hehe not busy) with something on my working table.... later on I will write more about Resipi.net....

Monday, January 02, 2006

Oooo...1st day of school .... sibuk, sesibuknya....

Pagi-pagi lagi dah bangun kejutkan sorang-sorang, dari yang Ting. 5 sampai yang darjah 2. Anak nenek yang bongsu tak mahu pegi sekolah... katanya boring... amboi... takpe nenek kasi dia can cuti dua tiga bulan ni...

Susah juga kalau budak-budak sekarang ni kita hantar ke tadika awal... dia pula boring.... tak tahu ke yang nenek pun boring gak.... boring kena bayar yuran tadika... wakakaka......

Tapi nak buat macam mana, hidup ni semua kena bayar..... nak pergi bilik air pun kena bayar... melainkan bilik air kat highway... hahaha....

Sunday, January 01, 2006

Hari ni nenek nak tulis pasal anak nenek pula... tapi nak tulis dlm BI, ishhh BI nenek ni dah berkarat..... asyik kena hujan, panas, hujan, panas....kalau ada yang grammar dan grandpa salah tu jgn marah ek... betulkan aja... haha


Last night, we went out for window shopping... after a few hours of just going round and round the shopping complex we came back home with lots and lots of bakery products.. haha...

Then after pray, I went in to sit at my computer knocking here and there....My second son came in and have a look at his two tortoises. One of the tortoise is not moving at all not even when he knock at the shells....Oh no.... it is dead. My husband came in and have a look at it.. and confirmed that it is dead. He threw it out and clean the aquarium and water.

After a while, I went out and watch tv, suddenly I heard sobs. My God, my son is crying. He is crying coz his tortoise died. I am just speechless. I don't know what to say. Let him cry then.... After an hour of crying he asked something.. in a mumbling voice. Oooo he wants to take photo of his dead tortoise. A smile, a smirk or something touched me. Would he cry that way if I were the one who died??????? I wouldn't know haha.

After taking the pictures and so on, he went to sleep. I return my husbands look. We just do not expect anything like that, coz my son just bought the tortoise about a week ago. How come he is so attached to the tortoise? Any answer????