Assalamualaikum





Welcome and Selamat Datang to Momzie's Chocblog.



Blog asal kepunyaan Nenek Kebayan ni dah diwariskan pada mama untuk tempek segala mcm mengenai cokelat dan juga aktiviti kelas cokelat mama.



KELAS ASAS 'HOMEMADE CHOCOLATE CANDY PADA 15/01/2011 JAM 2.00 PTG. YURAN RM250/-. DI BAYAN BARU, PENANG. SMS / TALIPON 019 5434174
- FULL HOUSE...


Friday, March 17, 2006

BUKAN CINTA BIASA
Hasil Karya: Aline Humaira

Pesawat sudahpun memasuki ruang angkasa, meninggalkan lapangan terbang tempat ia dilepaskan. Tanda isyarat memasang tali pinggang keledar sudahpun dipadamkan nyalaannya.Penumpang-penumpang yang tadinya duduk diam di tempat duduk masing-masing kini sudah memulakan aktiviti masing-masing.

Ada yang sudah ke bilik air, ada yang rancak bersembang dengan penumpang bersebelahan. Ada yang melayan karenah si kecil dan ada juga yang sibuk membaca. Ada yang terus tertidur sejak duduk di kerusi pesawat.

Sambil krew kabin sibuk menyediakan kudapan di galley, aku pula melihat ke luar tingkap melihat pemandangan di bawah sana. Aku tak ada idea untuk membuat aktiviti lain tapi aku sangat enjoy dengan apa yang aku buat sekarang. Ya, melihat keluar sambil mendengar lagu yang terpasang dari walkman.

Panorama indah tadi sekejap sahaja bertukar menjadi kepul-kepul awan tebal. Memantulkan cahaya putih yang sangat menyilaukan mataku. Aku melihat kembali ke dalam kabin. Apa yang aku nampak terlebih dahulu adalah seorang pemuda, penumpang yang duduk di sebelahku, seat 9B. Orangnya masih muda, sekitar 23 atau 25 tahun. Memakai kemeja putih kebiruan dan slack warna navy. Agh, sejak saat ini, aku bagaikan susah untuk mengalihkan mataku dari terus memerhatikannya. Orangnya tinggi lampai, berbahu bidang. Iras wajahnya mirip jejaka Itali dengan matanya galak pada posisi deep-set, dipayungi kening lebat dan agak rapat juga jarak antara kedua kening itu. Bibirnya agak nipis tapi sebenarnya penuh mungil kalau diamati betul-betul dan ianya kemerahan, tanda taraf kesihatannya baik-baik sahaja. Kulitnya tidak terlalu cerah, namun tidak juga dikategorikan gelap. Ada ketajaman yang bercampur dengan kelembutan pada renungannya. Ada kemanisan dalam serius wajahnya dan hidungnya itu……… !

Aku sebenrnya baru sahaja menyedari dia dan kewujudannya…. Kerana sejak aku memasuki pesawat, aku berasa seronok duduk di kerusi tingkap, memerhatikan dunia di luar dan di bawah sana sebelum pesawat meluncur laju meninggalkan terminal lapangan terbang lagi. Aku terlupa atau tidak prihatin akan wujud dirinya… Hinggalah panahan cahaya silau yang dibidikkan menyakiti mataku.

Dia hanya mendiamkan diri di tempat duduknya. Tenang dan selamba. Seakan-akan dunianya terasing dari duniaku mahupun dunia di sekeliling pesawat ini. Tidak bosankah dia begitu?????

Namun ruang kebisuannya terpecah jua pabila seorang pramugari datang menanyakan apa yang hendak dia makan dari menu yang disediakan. Ketika itulah baru aku mendengar patah perkataan keluar dari mulutnya yang dibaratkan penuh dengan emas.

Dan pertanyaan itu seterusnya untukku. Aku memilih lauk ayam. Lalu pramugari pun menyodorkan dulang berisi makanan kepada aku dan pemuda di sebelahku.

Aku makan menu terhidang itu sambil senyap-senyap memerhatikan cara dia makan. Dia makan dengan sangat tenang, sopan dan tidak mencomotkan wajahnya. Aku memang pencuri yang tak professional lagi pengecut! Pabila dia terperasan perbuatan nakalku lalu memusatkan pandangannya pada aku, aku buat-buat seperti tak ada apa yang aku lakukan ke atas dirinya.

Selepas makan, aku berhajat mendengar walkman pula. Belum sempat aku memasang headphone ke telinga, tiba-tiba dia main ba-ba-cak denganku mengikut stailnya - Senyum meleret dari telinga ke telinga-satu intro untuk mengajak aku berbual dengannya. Hah, baru kau tahu ertinya boring, ya ????

"First time naik flight, yek ????" katanya sambil wajah tipikal Mediterreneannya yang tadi serius, berubah ekspresi. Ada kemanisan pada keceriaannya.

"Nope, masa saya kecil-kecil dulu pun pernah jugalah naik flight, tapi taklah sejauh dan selama sekarang ni….Tak sangka dapat naik lagi, hilanglah rindu nak naik flight tu… "

"Hemmppp…. Patutlah nampak excited sejak kapalterbang ni belum terbang lagi, ekkk?"

Darahku tersirap. Aku tersipi namun tak jauh dalam membuat andaianku terhadap pemuda di sebelahku ini. Kusangkakan diamnya adalah diam seorang yang terkurung dalam dunianya sendiri. Dalam dia, dia prihatin pada kejadian demi kejadian di sekitarannya. Lebih-lebih lagi aku yang sangat dekat dengannya, berbanding penumpang-penumpang lainnya dalam penerbangan ini.

Aku mengangguk. Mengiyakan apa yang ditanyakannya. Aku tidak pasti sama ada perasaan terpesonakah atau ada sebab lainkah yang menyebabkan aku yang biasa riuh dan bising ini jadi kurang berminat untuk berbual dengannya.

Argh, banyak sebenarnya benda yang ingin kutanyakan padanya. Kubiar masa berlalu pergi tanpa mengorek terlalu banyak rahsia peribadinya. Hatta namanya pun tak sempat kutanyakan. Andai ada teman-teman yang bertanya, apakah perkara yang paling bodoh pernah aku buat dalam dunia ini, pasti jawapanku adalah aku tidak menanyakan nama seorang pemuda kacak yang duduk di sebelahku semasa dalam penerbangan!!!!

Aku hanya menyedari pesawat akan mendarat tidak lama lagi, setelah ketua pramugari mengumumkannya melalui interkom. Ketika ini, aku melihat sesuatu yang mengelirukan diriku terpancar dari mata pemuda di sebelahku ini. Dia seakan tidak gembira dengan pengumuman ini. Pelik pulak… Setahu aku, seorang penumpang biasanya tidak sabar-sabar hendak tiba di destinasi yang dituju. Pengumuman seperti tadi adalah janji yang membebaskan diri dari belenggu penantian yang menyiksakan.

Solitude, alunan dari petikan jari Richard Clayderman berkumandang selepas pengumuman ketua pramugari tadi. Alunan irama indah nan ceria itu tidak mampu merubah pancaran mata nan sayu itu… Kenapa ya ????

Itu hal dialah, untuk apa aku ambil tahu !

"You have your home address?"

Aku cuma mengangguk

"Boleh tak kalau saya minta???"

Aku mengangguk lagi. Lantas mencari-cari dalam tas tanganku kalau-kalau ada alat tulis. Aku kaget kerana ketiadaan pen dan kertas untuk kutuliskan alamat seperti yang dipinta.

"Tak ada pen dengan kertas?" tanyanya lagi.

Hempppp…… Dia bagai dapat membaca apa yang tersirat di hati kecil ini. Aku mengangguk. Dia mengambil sebatang pen dari simpanannya dan menghulurkannya padaku bersama-sama boarding passnya. Dengan pantas aku menyambut kedua-dua benda itu dan menuliskan alamatku di belakang boarding pass.

"I hope I can meet you again…" Itulah yang diucapkan sebaik sahaja menerima kembali pen dan boarding passnya dariku. Aku cepat-cepat melipat kembali meja ke tempat asalnya.

Sesudah itu, pesawat pun bersedia untuk mendarat di landasan….

Tika pintu pesawat dibuka dan sampai tikanya untuk semua penumpang keluar, kami pun berpisah di aerobridge terminal lapangan terbang. Masing-masing menghilang di celah-celah lautan penumpang yang ramai. Aku cuba melihat-lihat ke sekeliling, kalau-kalau terlihat kelibatnya lagi. Tapi dia menghilang, tak kutemui lagi. Tiba-tiba langkahku tersandung kerana tak berhati-hati mengatur langkah. Fikiranku tidak berpusat kepada perjalananku ke balai ketibaan. Pemandangan kesibukan di terminal lenyap.

Berganti kekaburan, suasana buram. Aku cuba melawan apa yang aku nampak sekarang…

***

Pabila aku membuka mata, aku dapati aku berada di tempat lain. Dalam cahaya samar bagaikan berada di sebuah terowong, aku sedar yang aku berada di atas tempat yang sangat-sangat familiar . Katil di mana aku biasa tidur. Hatiku sayu, sebak tiba-tiba lantaran perkenalan itu terlalu indah sebenarnya untuk menjadi kenyataan. Aku tidak tahu sama ada aku sudah jadi gila atau masih waras.

Aku tak pernah berani untuk menceritakan mimpi itu kepada sesiapapun. Bagiku, itu antara aku dan si dia. Hatta ibuku sendiri tidak mengetahuinya. Aku tahu orang akan mentertawakanku andainya aku katakan aku sudah jatuh hati terpaut sayang pada jejaka yang kutemui di dalam mimpiku. Cuma satu di hatiku, kuharapkan dan doakan, agar dia akan menemuiku di alam nyata satu hari nanti.

Kubiarkan waktu berlalu pergi. Hingga tahun berganti tahun. Dari seorang gadis sunti 13 tahun, aku membesar menjadi seorang wanita muda yang baru melangkah kaki ke arah kedewasaannya. Kulayari hidup ini tetap sendirian dengan rasa sayang itu masih kuat terpaut di hati kecilku. Dia tetap tak kunjung datang di dalam hidupku di bumi nyata ini tapi setia mengunjungiku dalam mimpi-mimpi ku yang datang once in a blue moon. Teman-temanku, satu demi satu berteman dan tinggallah aku dengan keadaanku yang begini.

Tapi aku seakan dan memang merelakan diriku jadi begini dan begini, biarpun sesungguhnya aku tidak bisa menjelaskan mengapa. Bukan aku terlalu cerewet, bukan aku terlalu memilih. Tapi sesungguhnya, aku telah berjanji pada diri ini untuk menanti dengan sabar kehadirannya, biarpun terlalu pedih sekali jiwaku, merintih dan meronta bersendirian begini.

Sampai bilakah daku harus menanti lagi?

Bagai memahami, dia hadir pada saat dan waktu yang tepat. Namun, episod cinta itu sama seperti sebelumnya, hanya berlangsung di alam mimpi… Dia membawaku keluar berjalan-jalan, sambil membeli barang keperluan rumah.

Kami makan bersama-sama di sebuah open-air bistro dan di sepanjang perjalanan selepas keluar dari bistro, tangannya tak pernah lepas dari memegang tanganku. Sinaran matanya adalah limpahan cahaya kasih sayang yang melingkari jiwa dan raga. Aku tak pasti ikatan kami sampai ke mana takat ini. Tapi aku tahu, berpegangan tangan sebelum kahwin adalah satu kesilapan besar! Mujur itu cuba mimpi dalam tidurku. Dan aku semakin menyayanginya! Tapi aku yang begitu mencintainya, tak bisa membezakan antara mimpi dan kenyataan. Fantasi atau realiti.

Sedang aku memilih-milih barangan yang hendak dibeli, tiba-tiba kegelapan menyerang. Apa yang sudah terjadi sebenarnya???? Begitu lama berlangsung kegelapan itu hingga datang titik terang yang menerangi. Cahaya dari lampu yang menerangi jalan menuju bilik tidurku menuju ke dapur. Dan aku sendiri terbaring dengan masih memakai telekung solatku, di atas sejadah.

Sekali lagi aku berendam air mata. Berapa lama lagi aku harus menanggung kerinduan ini? Kutahu cintaku, yang kurasai kini, bukan cinta biasa. Tapi bisakah orang di sekelilingku menerimanya? Gilakah aku kerana hanya mampu bercinta di dalam mimpi?

No comments: