Assalamualaikum





Welcome and Selamat Datang to Momzie's Chocblog.



Blog asal kepunyaan Nenek Kebayan ni dah diwariskan pada mama untuk tempek segala mcm mengenai cokelat dan juga aktiviti kelas cokelat mama.



KELAS ASAS 'HOMEMADE CHOCOLATE CANDY PADA 15/01/2011 JAM 2.00 PTG. YURAN RM250/-. DI BAYAN BARU, PENANG. SMS / TALIPON 019 5434174
- FULL HOUSE...


Friday, March 17, 2006

SETIAKU DI SINI
Alyza



1993

Kertas terakhir peperiksaan SPM telah tamat. Masing-masing bersorak riang di dewan peperiksaan. Athirah dan teman-temannya saling berpelukan dan membaling kertas soalan ke udara.

"Merdeka! Merdeka!" jerit mereka bagaikan sedang meraikan sebuah kemenangan. Athirah kembali duduk di kerusinya. Marina dan Shafina duduk di tepi meja.

"Apa plan kita seterusnya?" tanya Marina. Athirah hanya menjungkit bahu. Shafina mengetuk permukaan meja dengan jarinya menjadikan ia sebuah melodi yang membingitkan telinga.

"Kita buat big party sebelum kita berpisah, nak tak? Lepas ni aku berani cakap kita semua mesti bawa hal masing-masing. Aku tak nak macam tu," Shafina membuat cadangan. Mereka hanya mengangguk tanda setuju.

"Kau handle, okey? Aku tolong mana yang patut aje," ujar Athirah.

"Set. Serahkan kat aku aje. By the way, tadi putera kau tu cari. Dia tunggu kat tempat biasa," Shafina bersetuju. Athirah bangun lalu meninggalkan mereka berdua.

Di depan bilik pengawas, Badrul sudah setia menunggu di kerusi taman menghadap bilik pengawas.

"Sorry, Ira baru dapat tau Rul nak jumpa Ira," tegurnya apabila melihat Badrul sedang bersandar sambil menutup matanya. Badrul membuka mata lalu hanya tersenyum melihat Athirah.

"Tak apa. Duduklah. Rul ada hal nak cakap sikit dengan Ira." Tempat kosong di sebelahnya dibersihkan agar Athirah akan duduk.

"Apa halnya? Penting sangat ke?" acuh tak acuh Athirah menjawab. Badrul hanya tersenyum melihat gadis kesayangannya begitu. Athirah tidak pernah berubah sepanjang empat tahun mereka berkawan. Watak kasarnya terlalu mendera perasaannya tapi gadis itu juga yang dikejarnya.

"Penting juga. Untuk masa depan kita. Rul cuma nak tau dari mulut Ira sendiri. Selama ni, Rul tak pernah tanya sebab Rul tahu Ira tak suka tapi hari ni demi masa depan kita Rul nak kita pastikan semuanya betul-betul," jelas Badrul tenang. Berkerut dahi Athirah mendengar kata-kata Badrul.

"Apa maksud Rul? Ira tak faham," tanyanya keliru. Badrul tersenyum lagi.

Kali ini dilepaskan sebuah keluhan kasar. Athirah merenung wajah tenang Badrul yang tidak pernah lekang dengan senyumannya. Itulah kunci hatinya terpaut pada jejaka itu meskipun pada mulanya wajah itu amat dibencinya.

"Rul nak Ira jawab dengan jujur dan ikhlas. Siapa Rul pada Ira selama ni?", tanyanya tenang. Athirah menundukkan kepalanya. Wajarkah soalan itu dijawabnya meskipun telah dia tahu jawapan itu sejak beberapa bulan yang lalu? Patutkah mereka bercerita tentang sesuatu yang terlalu jauh untuk digapai?

"Perjalanan hidup kita masih jauh, Rul. Lepas ni banyak lagi yang perlu kita buat dan banyak pilihan yang perlu kita putuskan. Ira tak nak menyekat hidup sesiapa sebab Ira sendiri tak nak hidup Ira disekat. Apa yang Ira boleh katakan, Ira sayangkan Rul cuma Ira tak berani nak janji. Ira serahkan pada takdir," jawabnya tenang.

"Apa maksud Ira yang sebenarnya? Rul tak faham? Selama ni Rul menyekat Ira, ke?" tanyanya hairan.

"Biarlah Ira berterus-terang. Mulai esok, Ira dan keluarga akan berpindah ke kampung sebab minggu ni Abah akan mula berpencen. Kemudian, Ira akan mengikut kakak Ira ke New Zealand. Mungkin Ira akan sambung belajar di sana. Ira tak tahu bila kita akan jumpa lagi.

”Ira tak nak ikat hati Rul untuk Ira sedangkan Ira sendiri tak tahu apa akan jadi kemudian hari nanti. Biarlah takdir tentukan. Ira percaya, kalau jodoh kita ada pasti kita akan berjumpa walaupun memakan masa berpuluh tahun lamanya. Maafkan Ira, Rul," jelas Athirah. Badrul mengusap mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.

"Rul faham. Rul tak nak paksa Ira tapi Rul nak Ira tahu setia Rul di sini. Bersama Ira," jelasnya sambil menepuk dadanya. Athirah menunduk merenung lantai. Air mata yang sudah bertakung diseka perlahan.

"Selagi diizinkan Tuhan, Rul akan setia. Rul akan cari Ira walaupun Rul terpaksa ke New Zealand mencari Ira. Rul doakan Ira akan bahagia. Rul tak nak ucapkan selamat tinggal sebab Rul tak nak kehilangan Ira. Selamat berjaya Ira. Kita jumpa lagi nanti." Badrul terus berlalu tanpa pamitan Athirah.

Athirah terkedu dengan kata-kata Badrul. Namun, terlajak kata tidak ada makna lagi. Sememangnya perpisahan sedang meniti kehidupan mereka.

Athirah kembali mencari Marina dan Shafina. Perkara yang sama dinyatakan. Berpelukan mereka bertiga. Namun, perpisahan itu hanya sementara. Itu janji Athirah. Setianya di sini. Di bumi Malaysia. Itu prinsipnya



1999


Midvalley malam itu agak lengang jika dibandingkan dengan malam pada hujung minggu. Athirah melangkah laju menuju ke butik baju kanak-kanak Strawberry. Tangannya yang tadi ditarik Amilia dilepaskan oleh si anak kecil itu. Tanpa menunggu Athirah, Amilia memilih baju-baju yang dia berkenan. Athirah hanya memerhati tanpa bersuara. Walau baru berusia empat tahun, dia sudah pandai memilih baju yang diminatinya.

"Mama, Ami nak yang inilah," Athirah menghampirinya sedang memegang sehelai gaun berwarna krim susu untuk majlis ulangtahunnya yang keempat dua hari lagi. Athirah hanya menurut setiap perlakuan Amilia untuk mencubanya. Sambil menanti Amilia di bilik persalinan, Athirah melihat baju-baju yang lain untuk adik Amilia. Bimbang nanti ada yang merajuk pula.

"Cantiknya! Boleh saya dapatkan fesyen yang sama untuk budak berumur dua tahun? Siapa nama adik?" suara seorang lelaki menegur Amilia dan jurujual kedai itu tetapi ia juga mengejutkan Athirah. Suara itu seperti biasa didengarnya.

"Tunggu sebentar, ye encik. Saya ambilkan," pinta jurujual.

"Amilia Najihah tapi panggil Ami aje," petah Amilia bersuara.

"Sedap nama. Datang dengan siapa?".

"Dengan mama. Tu yang diri kat sana," jawab Amilia sambil menuding ke arahku. Aku berpaling ke belakang. Seorang lelaki duduk mencangkung menghadap Amilia. Kemudian, lelaki itu bangun berpaling memandang Athirah.

Masing-masing terkedu. Athirah hampir terduduk namun tangannya lebih pantas memegang rak di sisinya.

"Ira!" Antara sedar dan tidak Badrul tersebut nama Athirah. Athirah masih terpaku tidak percaya. Badrul kembali merenung wajah Amilia. Saling tidak tumpah seperti Athirah. Benarkah itu anaknya? Athirah sudah berkahiwn? Ke mana sudahnya setia itu selama ini?

"Badrul!" Akhirnya nama itu terungkap juga di kelopak bibir Athirah tanpa sedarnya.

"Anak Ira lawa macam mamanya juga," puji Badrul ikhlas dan tenang.

"Encik, ini baju yang encik nak," suara jurujual menegur.

"Bungkuskan. Saya nak buat hadiah," pintanya cuba berlagak tenang. Si jurujual hanya menurut tanpa mengetahui apa yang telah terjadi. Athirah masih terpaku di situ. Amilia menghampiri Athirah.

"Lawa baju ni, kan Mama. Ami nak baju ni. Mama belilah sekali untuk Mira," tegur Amilia menyedarkan Athirah.

"Okey, sayang. Pergi tukar dulu ye. Mama tunggu sini." Amilia hanya menurut tanpa membantah.

"Anak Ira berapa orang?" perit Badrul menanya.

"Dua orang. Adik Ami perempuan juga," jawab Athirah serba-salah.

"Encik, dah siap," jurujual menegur sambil menunjukkan sebuah kotak yang sudah dibalut dan diletakkan riben berwarna kuning lembut. Badrul menghampiri kaunter membuat pembayaran.

"Kita jumpa lagi, Ira. Walaupun bukan ini yang Rul harapkan tapi setia Rul tetap di sini," luahnya sambil memegang dadanya lalu beredar meninggalkan Athirah dan butik kegemaran anak saudaranya.

"Mereka bukan anak Ira, Rul. Rul, setia Ira masih di sini," jeritnya. Sayang sekali ia tidak terkeluar. Tersekat di kerongkong bagaikan tercekik sebiji batu besar.


Athirah masuk ke Coffee Bean. Tempat yang masih menjadi tempat perjumpaan mereka bertiga semenjak kepulangannya ke Malaysia tiga bulan yang lepas. Dari jauh kelihatan Shafina rancak bercerita manakala Marina mendengar bagaikan tiada orang lain di kafe tersebut.

"Sorry, girls. I'm a bit late," tegur Athirah. Mereka saling bersalaman dan berlaga pipi.

"It's ok. So, macamana jadi ibu tunggal dan ibu express?" tanya Marina.

"Hmmm......Penat. Tapi seronok. Rasa macam tak sabar nak rasa ada anak sendiri. So, what's up. Any news?" jelas Athirah.

"Guess what, our batch nak buat reunion next month. Wanna join us? Member-member yang lain sibuk tanya pasal Ira. Both of us terpaksalah pretend like we don't know anything. Sakit jiwa raga ni tau tak?” sambut Marina sambil menggayakan hatinya yang sakit. Mereka ketawa serentak.

"Tengoklah. Kalau ada orang nak jaga budak-budak tu boleh juga join. I'll let you know later,” janjinya.

"By the way, aku jumpa putera kau semalam. Terkejut bangak aku. Ingatkan dia tak cam aku yang dah glamour ni, rupanya lesung pipit aku ni tetap menjadi pujaan jejaka tampan. Tu yang aku malas nak cerita tu," Shafina mencelah. Marina dan Athirah menekup telinga masing-masing. Sejak sekolah lagi, Shafina pantang dipuji, pasti pedih telinga mereka mendengarnya bercerita berulang kali.

"Dia tanya aku, Ira kahwin dengan siapa, bila, di mana, kat mana dan kerja kat mana. Nak tak nak aku pun seperti biasa, terpaksalah kata aku tak tahu sebab dah lama tak jumpa. Tak pasal-pasal aku dapat dosa kering tau," ceritanya. Athirah mengeluh kasar.

"Aku jumpa dia kelmarin. Aku bawa Ami pilih baju untuk birthday party dia. Aku terpaksa mengaku Ami anak aku. Aku tak ada kekuatan nak berterus-terang dengan dia," kesal Athirah. Masing-masing membisu bagaikan meratapi satu berita sedih. Shafina dan Marina terpaku mendengar pengakuan Athirah yang di luar jangkaan mereka.

"Kau patut berterus-terang dengan dia. Dah enam tahun kau dan dia berpisah. Mungkin dah tiba masanya kau fikirkan tentang masa depan kau dan dia. Aku tahu dia masih sayangkan kau lagi. Macam tu juga dengan kau. Kalau tidak mesti kau dah terima lamaran bekas abang ipar kau tu dulu, kan?" Marina cuba memahami Athirah. Shafina menggenggam jemari Athirah erat.

"Aku boleh aturkan pertemuan kau dengan dia kalau kau mahu," Shafina cuba memberi Athirah peluang. Athirah hanya bersetuju tanpa bersuara. Mata Shafina dan Marina bertembung tanpa disedari Athirah. Sinar di mata mereka begitu bermakna.


~~~~~~~~~~~~~~~


Athirah masuk terus ke butik milik arwah kakaknya. Pembantunya sibuk menyusun stok yang baru tiba. Athirah menuju ke biliknya lalu mencapai jurnal akaun untuk stok baru.

"Kak Ira, ada customer nak tanya pasal kain yang baru sampai tu. Dia nak tempah baju sekali," tegur Zainab, pembantunya. Athirah hanya mengekori langkah pembantunya menuju ke ruang tengah butik. Kelihatan seorang wanita anggun bergaya bagaikan seorang model sedang memilih kain-kain lace Perancis yang baru tiba.

"Boleh saya bantu?" tegur Athirah mesra. Wanita tersebut menoleh sambil tersenyum. Ayu wajahnya.

"Ye, saya berkenan dengan kain ni tapi saya nak warna biru laut atau ungu. Ada tak? Kalau boleh saya nak tempah terus tapi boleh tak disiapkan awal bulan depan," jelasnya. Athirah mengangguk tanda faham akan maksudnya lalu memohon untuk ke bilik stor sebentar. Mujur warna yang diminta masih ada di dalam simpanan mereka.

"Cik, hanya warna macam ni saja yang ada. Kalau tak berminat, cik boleh pilih material lain," cadang Athirah. Kain di tangan Athirah dicapai oleh wanita itu.

"Bolehlah. Warnanya pun lembut," putusnya ringkas. Mudah sungguh kalau semua pelanggan seperti wanita ini. Tidak cerewet langsung.

"Mari, saya ukur badan cik," pelawa Athirah menuju ke biliknya.

"Anita. Panggil saya Nita saja sudah cukup."

"Saya Athirah. Panggil Ira," perkenal Athirah pula lalu mereka saling bersalaman. Anita mengikut Athirah menuju ke biliknya. Ukuran badan di ambil. Sambil itu mereka berbual bagaikan sudah saling mengenali.

"So, nanti dah siap Ira call Nita, ye?" pesan Anita sebelum keluar dari butik tersebut. Athirah hanya menghantar kepulangan Anita dengan ekor matanya hilang dari pandangan.

"Nab tolong kemaskan dulu, ye? Kak Ira nak siapkan tempahan yang ini dulu. Dia nak cepat," pesan Athirah lalu hilang ke biliknya.

Merenung kain lace unggu itu mengusik hati Athirah sebenarnya. Ia warna kegemaran Badrul. Sememangnya dia tidak pernah lupakan lelaki itu. Dia masih ingat segala-galanya tentang lelaki itu. Benarlah kata Marina dan Shafina, masih ada kasih dan sayang di hatinya. Jika tidak pasti lamaran abang iparnya dulu telah diterimanya.


*Athirah masih menyemak jurnal akaun butiknya. Sesekali badannya dipusing-pusingkan untuk mengurangkan kekejangan yang berlaku. Keletihan semakin terasa. Athirah membelek jam di tangan. Hampir pukul sembilan malam. Semalam dia telah berjanji dengan Marina untuk hadir ke majlis perjumpaan mereka minggu depan. Semuanya kerana cabaran yang dibuat oleh Marina.

"Aku cabar kau, Ira! Kalau betul kau tak harapkan apa-apa dari Badrul, aku nak kau datang. Kalau kau tak datang bermakna dalam hati kau tu masih ada setia untuk dia." Athirah pantang dicabar. Dia setuju walaupun dia tahu natijah yang bakal diterimanya.

"Kak Ira, ada orang datang nak ambil tempahan baju Cik Anita tu," tegur Zainab. Athirah bangun lemah menuju ke almari baju yang menempatkan tempahan yang telah siap lalu menuju ke ruang tengah butik.

"Rul!" Tanpa sedar nama lelaki itu disebutnya agak kuat. Badrul menoleh terkejut apabila namanya disebut.

"Ira!" Hanya itu yang terkeluar melihat gadis kesayangannya sedang berdiri di hadapannya sedang memegang baju yang ingin diambilnya.

"Baju ni........ Rul," kata-kata Ira termati di situ. Kekuatannya telah hilang tiba-tiba.

"Rul datang nak ambik baju yang Nita tempah. Rul tak tahu ni butik Ira," jelasnya agak tenang. Athirah menyerahkan sepasang kebaya pendek yang telah siap kepada Badrul.

"She will look gorgeous in that," puji Athirah tidak sedar. Dia sendiri keliru dengan kata-katanya. Jujurkah dia.

"Nita dah bayar penuh," sambung Athirah menahan sebak di dada. Badrul hanya mengangguk.

"Jangan lupa jemput Ira nanti kalau buat kenduri nasi minyak," pesan Athirah cuba mengubah suasana yang agak tegang. Badrul hanya membisu merenung wajah Ira.

"Setia Rul masih di sini," tegasnya ringkas lalu berlalu meninggalkan Athirah setelah mengucapkan terima kasih. Athirah terduduk di kerusi berdekatan. Air mata yang ditahan semenjak tadi gugur juga akhirnya. Untuk apa setiamu di situ sedangkan kau akan menjadi milik orang lain, Rul.


~~~~~~~~~~~~~~~


Malam perjumpaan semakin mendebarkan. Athirah datang lewat dari waktu yang sepatutnya. Sengaja supaya tidak bertembung dengan Badrul. Athirah segera ke meja yang diduduki oleh Marina dan Shafina.

"Aku ingatkan kau tak datang tadi," tegur Marina sebelum mereka bersalaman.

"Kan aku dah janji. Ramai juga yang datang, kan?" Athirah cuba mengalih perbualan. Dia tidak mahu Marina terus membuka mulut tentang perkara yang sepatutnya menjadi topik. Dia kenal benar dengan Marina dan Shafina.

"Aku nampak si Badrul tadi," Marina sudah memulakan perbualan.

"Aku ambil makanan dulu, ye?"Athirah cuba melarikan diri.

"It's not that easy, Ira. He's here," Shafina sempat menahan dengan menarik tangan Athirah. Tanpa sedarnya, Badrul sudah pun berdiri di sisinya.

"Rul nak cakap sikit dengan Ira," pintanya lalu mengajak Athirah keluar sebentar. Marina dan Shafina merenungnya tajam membuatkan Athirah akur.

Malam terang dihiasi lampu neon walaupun jam sudah ke angka sembilan setengah malam.

"Kenapa Ira tipu Rul? Kenapa Ira nak larikan diri dari Rul?" tanya Badrul tenang sambil tersenyum. Masih seperti dulu. Tidak ada yang berbeza.

"Ira tak tipu tapi Rul yang tak tanya betul-betul dengan Ira. Rul boleh cari kawan-kawan Ira tapi Rul tak pernah nak cari Ira. Rul kata setia Rul kat hati Rul tapi Rul sendiri tak tunaikan janji. Rul kan dah nak kahwin.

"Kenapa nak cari Ira lagi. Anita is more perfect than I am," luahnya sebak menahan tangis. Badrul ketawa kecil mendengar kata-kata Athirah membuatkan Athirah menjeling geram memandangnya.

"Ketawalah selagi boleh, Rul. Lepas ni dah tak ada apa yang nak diketawakan," sindir Athirah geram.

"You never change, Ira. Ira suka buat keputusan sebelum membuat penilaian. Anita tu adik perempuan Rul. Mana mungkin abang akan berkahwin dengan adiknya sendiri. Rul tak cari Ira sebab Ira sendiri main hide and seek dengan Rul. Ira kata Ira dah ada dua orang anak. Bukankah hanya orang yang sudah berkahwin saja ada anak? Lainlah kalau Ira ambik anak angkat tapi Rul percaya perempuan semuda Ira mustahil akan ambil anak angkat sebelum kahwin, kan?" terang Badrul. Athirah terkedu seketika. Adik? Mengapa wajah mereka tidak serupa? Badrul berkulit putih cerah tapi Anita sedikit gelap. Badrul tersenyum melihat dahi Athirah berkerut.

"I know what is in your mind, sayang. Kami adik beradik berlainan bapa. Dia adik tiri Rul. Puas hati? Kali ni, Rul tak akan lepaskan Ira macam dulu. Rul takan biarkan Ira buat keputusan macam dulu lagi. Never, unless you are really in love with someone," tegas Badrul lalu mencapai tangan Ira. Digenggamnya erat.

"Rul tak boleh macam ni," pintasnya lalu menarik tangannya dari genggaman Badrul.

"Why not! Rul dah cakap setia Rul di hati dan Rul dah bagi Ira cukup masa untuk Ira pilih kehidupan Ira sendiri. Kali ini Rul nak Ira pula ikut pilihan kehidupan Rul."

"Ira tak sayangkan Rul lagi!" Athirah cuba berdegil.

"Jadi, alasan apa Ira tak terima lamaran bekas abang ipar Ira dulu?" perangkap Badrul. Ira memalingkan tubuhnya ke arah lain. Badrul tersenyum. Begitulah Athirah. Suka melarikan wajahnya apabila tembelangnya pecah.

"Ira," lembut Badrul memanggil namanya. Tubuh Athirah dipusingkan kembali menghadapnya.

"Rul sayangkan Ira. Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah berubah, sayang. Please, this time be mine," Badrul melamar. Athirah masih kaku. Patutkah aku terima lamarannya? Boleh percaya ke? Mustahil selama ni dia tak ada pengganti aku? Alah! Aku pun apa kurangnya. Sebab setia aku masih macam ni.

"Tak apalah kalau Ira tak terima. Nampaknya, Rul kena terima pilihan Mama Rullah jawabnya," putusnya sambil mengeluh kesal.

"Siapa kata Ira tak sudi!" spontan Athirah menjawab perlahan.

"Haaa...... Kan senang nak jawab. Jom, kita masuk. Nanti perut masuk angin pula tak makan," ajak Badrul lalu mengheret tangan Athirah ke dewan semula. Athirah mencebik. Macam tu je? Senangnya dia, rungutnya di dalam hati.

"Muncung tu control sikit . Nanti Rul cium baru tau," usiknya lalu memaut pinggang Athirah. Athirah tersenyum. Tak sia-sia setianya selama ini.

No comments: