Assalamualaikum





Welcome and Selamat Datang to Momzie's Chocblog.



Blog asal kepunyaan Nenek Kebayan ni dah diwariskan pada mama untuk tempek segala mcm mengenai cokelat dan juga aktiviti kelas cokelat mama.



KELAS ASAS 'HOMEMADE CHOCOLATE CANDY PADA 15/01/2011 JAM 2.00 PTG. YURAN RM250/-. DI BAYAN BARU, PENANG. SMS / TALIPON 019 5434174
- FULL HOUSE...


Saturday, December 31, 2005



ROTI PRATA CHEESY HOTDOG PIZZA
Sumber: Diana (Resipi.Net)

Bahan-bahannya
6 keping roti prata instant
10 batang sosej, dihiris serong
1 biji bawang besar, dihiris halus
2 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu makan sos cili sweet and sour SINSIN
sedikit mentega untuk menumis

6 keping keju cheddar slice, dibahagi dua

Cara-caranya
Cairkan mentega dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan sosej yang telah dipotong serong dan goreng sehingga ia masak. Masukkan serbuk lada hitam dan juga sos cili. Gaul rata dan angkat ketepikan.

Masak roti prata seperti biasa diatas kuali non-stick, ia akan dengan sendiri mengelembung. Angkat dan potong dua, belah dalam poket kosong isikan dengan inti dan juga cheese. Panaskan kembali atas kuali sehingga cheese cair. Angkat dan hidangkan.

Friday, December 30, 2005

Sape nak try resipi ni....
sedap ni....

Resipi ni nenek dapat masa nenek gi dok bertapa kat dalam gua hehe


CHOCOLATE RICE BANANA CAKE

Bahan-Bahan
250 gm butter
180 - 200 gm gula kastor
300 gm tepung
1 s.t bicarbonate soda *
1 s.t. baking powder * (*) gaul kedua2 ni dgn tepung)
4 biji telur gred A
1 s.t. ovalette
100 gm chocolate rice
Pisang emas 6 -7 biji sederhana besar

Cara membuat
Pukul butter ngan gula hingga kembang dan putih. (Untuk cepat hancurkan gula masukkan sebiji telur dulu) Dah kembang masukkan telur satu-satu. Pas tu masukkan ovalette. Dah masuk ovalette, pukul lagi hingga lebih mengembang. Masukkan pisang. (Kalau dah lecek, masuk semua skali, kalau belum macam nenek selalu buat, hentam saje masukkan satu-satu, sampai dia hancur sambil memukulnya)

Last masukkan tepung perlahan-lahan. Then masukkan chocolate rice kacau perlahan. Tuang dalam acuan yg dah digris dan alas. Kalau 7 x 7 dapat dua. Bakar. Biar Sejuk. Makan..........

(Jgn kuarkan terus kek tu dari acuan ekkk masa dia panas, biarkan sejuk skit)
Assalamualaikum


Today the 31/12/2005, is the last day we are together in year 2005.

First of all I would like to welcome all those blogger who drop by my Pondok Nenek Kebayan or also known as Witch Hut. Witch Hut was purposely setup today as I would like to share all the memories, knowledge, recipes and whatever that can be shared and can make oul life better and happier in the coming years. I did this after quite some thinking, that our life is short, will never know when it will come to an end. If we do not do it now, will we be able to do it tomorrow.

There are so many happy and sad stories in the year of 2005, about family, friends and workplace. So must be all of you.

I am not good in writing... in fact I am not good in even writing a letter. Haha. I would sent a postcard only if it is a must... that bad haaa.

This pondok is for us to be in here and "bersembang" on whatever that we want no matter what.. (wow as long as it does not goes beyond the dotted lines haha), you may even pour out your misery.... I am a good listener you know... hehe.

Well, enough for the meantime. Meet you again and until then byeeeeeee.....





Assalamualaikum.

Hari ni 31/12/2005, hari terakhir kita bersama-sama di tahun 2005.

Mula-mula sekali nenek ingin mengucapkan selamat datang kepada bloggers yang menjengah ke Pondok Nenek Kebayan ini. Pondok ni saja dibina di hari terakhir tahun 2005 kerana ingin berkongsi pengelaman, pengetahuan, resipi masakan dan segala apa jua yang boleh dikongsi setelah nenek memikirkan bahawa usia kita ini terlalu pendek.....Kalau tak dilakukan apa yang ingin kita buat sekarang, tak tahu pula samada akan sempat pula nanti.

Terlalu banyak cerita suka duka yang nenek lalui di tahun ini tak kiralah bersama keluarga, kawan atau ditempat kerja. Begitu jugak dgn kengkawan semua.

Nenek ni tak pandai nak bermain kata-kata, nak tulis surat pun tak pandai... setakat hantar poskad bolehlah. Tu pun kalau perlu saja. Haha.

Pondok ini dibina untuk kita sama-sama duduk bersantai dan bercerita. Tak kiralah cerita suka duka atau pun mencurahkan rasa hati yang lara.

Aduhhhh... tak pandai sungguh nenek nak berkata apa. Nanti disambung lagi ya.