Assalamualaikum





Welcome and Selamat Datang to Momzie's Chocblog.



Blog asal kepunyaan Nenek Kebayan ni dah diwariskan pada mama untuk tempek segala mcm mengenai cokelat dan juga aktiviti kelas cokelat mama.



KELAS ASAS 'HOMEMADE CHOCOLATE CANDY PADA 15/01/2011 JAM 2.00 PTG. YURAN RM250/-. DI BAYAN BARU, PENANG. SMS / TALIPON 019 5434174
- FULL HOUSE...


Friday, December 30, 2005

Sape nak try resipi ni....
sedap ni....

Resipi ni nenek dapat masa nenek gi dok bertapa kat dalam gua hehe


CHOCOLATE RICE BANANA CAKE

Bahan-Bahan
250 gm butter
180 - 200 gm gula kastor
300 gm tepung
1 s.t bicarbonate soda *
1 s.t. baking powder * (*) gaul kedua2 ni dgn tepung)
4 biji telur gred A
1 s.t. ovalette
100 gm chocolate rice
Pisang emas 6 -7 biji sederhana besar

Cara membuat
Pukul butter ngan gula hingga kembang dan putih. (Untuk cepat hancurkan gula masukkan sebiji telur dulu) Dah kembang masukkan telur satu-satu. Pas tu masukkan ovalette. Dah masuk ovalette, pukul lagi hingga lebih mengembang. Masukkan pisang. (Kalau dah lecek, masuk semua skali, kalau belum macam nenek selalu buat, hentam saje masukkan satu-satu, sampai dia hancur sambil memukulnya)

Last masukkan tepung perlahan-lahan. Then masukkan chocolate rice kacau perlahan. Tuang dalam acuan yg dah digris dan alas. Kalau 7 x 7 dapat dua. Bakar. Biar Sejuk. Makan..........

(Jgn kuarkan terus kek tu dari acuan ekkk masa dia panas, biarkan sejuk skit)

No comments: