Assalamualaikum





Welcome and Selamat Datang to Momzie's Chocblog.



Blog asal kepunyaan Nenek Kebayan ni dah diwariskan pada mama untuk tempek segala mcm mengenai cokelat dan juga aktiviti kelas cokelat mama.



KELAS ASAS 'HOMEMADE CHOCOLATE CANDY PADA 15/01/2011 JAM 2.00 PTG. YURAN RM250/-. DI BAYAN BARU, PENANG. SMS / TALIPON 019 5434174
- FULL HOUSE...


Saturday, December 31, 2005



ROTI PRATA CHEESY HOTDOG PIZZA
Sumber: Diana (Resipi.Net)

Bahan-bahannya
6 keping roti prata instant
10 batang sosej, dihiris serong
1 biji bawang besar, dihiris halus
2 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu makan sos cili sweet and sour SINSIN
sedikit mentega untuk menumis

6 keping keju cheddar slice, dibahagi dua

Cara-caranya
Cairkan mentega dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan sosej yang telah dipotong serong dan goreng sehingga ia masak. Masukkan serbuk lada hitam dan juga sos cili. Gaul rata dan angkat ketepikan.

Masak roti prata seperti biasa diatas kuali non-stick, ia akan dengan sendiri mengelembung. Angkat dan potong dua, belah dalam poket kosong isikan dengan inti dan juga cheese. Panaskan kembali atas kuali sehingga cheese cair. Angkat dan hidangkan.

No comments: