Assalamualaikum





Welcome and Selamat Datang to Momzie's Chocblog.



Blog asal kepunyaan Nenek Kebayan ni dah diwariskan pada mama untuk tempek segala mcm mengenai cokelat dan juga aktiviti kelas cokelat mama.



KELAS ASAS 'HOMEMADE CHOCOLATE CANDY PADA 15/01/2011 JAM 2.00 PTG. YURAN RM250/-. DI BAYAN BARU, PENANG. SMS / TALIPON 019 5434174
- FULL HOUSE...


Friday, March 17, 2006

KENAPA AKU?
Hasil Karya: Norliza bt Ramli

Linangan air mata kepanasan tak mungkin dapat mengembalikan kebahagiaan milikku dulu. Walau menangis air mata darah sekalipun, ia pasti akan hilang ditelan masa.

'Kenapa.... kenapa..... aku harus jadi begini? Tak adil.... semuanya tak adil....' Air mataku tetap mengalir membasahi pipiku. Sekali lagi hatiku merana dan meraung kekesalan.

Dulu aku ditemani dengan rakan-rakan tapi kenapa kini segala milikku dulu hilang begitu sahaja. Ia cuma sikit dugaan dari Allah, mereka telah memulau dan mengkhianati ikatan persahabatan mahupun percintaan. Inilah dikatakan bila senang ramai teman akan menemani kita tapi bila kita susah batang hidung pun tak nampak.

Tergambar kekesalan di dalam anak mataku. Seolah-olah aku di dalam alam realiti yang penuh kepuraan-puraan. Aku merenung nasib diriku. Rasa kecewa tiba-tiba hadir di dalam hatiku.

"Filzatunnafsi Bt. Zul Jamal."

Tiba-tiba namaku di panggil. Aku menoleh ke arah perempuan yang berpakaian seragam jururawat. Nampak sungguh ayu. Dengan selamba aku menolak kerusi rodaku. Agak lama juga aku diceramahkan oleh Doktor Kamaruzzaman, kawan abangku. Setelah itu, aku menolak kerusi rodaku sekali lagi meninggalkan hospital. Buat kali keempat aku tidak berteman. Mama dan papa sibuk bertugas. Abangku pula sibuk mengawasi orang baru di hospital. Aku dapat rasakan duniaku penuh dengan kekosongan. Lebih-lebih lagi keadaan aku sekarang.

"Filza, boleh aku hantar kau balik." Terkejut aku apabila mendengar suara tersebut. Lalu aku menoleh. Bagai tak percaya Kamaruzzaman mempelawaku.

"Tak apa le, abang Maruz. Driver papa akan datang sekejap lagi." Tolakku pelawaannya dengan sopan.

"Kalau macam tu, kita berborak le.... bolehkan?" tanya Kamaruzzaman lagi. Aku mengatur rambutku yang diterbangkan oleh angin. Aku cuma mengangguk.

"Filza... kau tak sambung study lagi ke?"

"Filza dah habis study, abang Maruz. Kenapa?"

"Tak de, saja nak tanya." Sempat lagi Kamaruzzaman mencuri pandang ke arahku.
"Filza....nanti nak keje kat mane?"

"Entah le, abang Maruz. Siapa le nak upah Filza yang cacat nie? Ada kawan pun dah lari, apatah lagi boyfriend.... abang Maruz." Aku mengadu kesedihan.

"Walaupun Filza macam nie, tak mustahil satu ketika nanti Filza akan berdiri seperti sedia kala." Kamaruzzaman memberi semangat dan dorongan kepadaku. Tak lama selepas itu drebar papa datang. Aku diangkat masuk ke dalam kereta oleh bodyguardku. Aku melambai ke arah Kamaruzzaman. Dia menghadiahkan aku sekuntum senyuman.

Malam yang damai lebih-lebih lagi papa dan mama dapat menemani aku malam ini. Aku rasa sungguh bahagia. Dalam kegembiraan itu, tiba-tiba papa mengumumkan sesuatu. Abang aku, Zul Fadli dan Kamaruzzaman baru saja balik. Debaran di hati mula memuncak. Malam yang damai bertukar menjadi dingin. Adakah ia menandakan sesuatu perkara akan terjadi? Persoalan itu terjawab bila papa membuka bicaranya.

"Maruz and anak papa, Filza. Hari ini papa nak umumkan permintaan Maruz untuk Filza. Filza, anak papa?"

"Ya, papa."

"Maruz nak papa tunangkan Filza dengannya." Aku terkejut. Cawan di tanganku tiba-tiba jatuh. Semua anak mata memandangku. Serba salah aku dibuatnya.

"Papa... mama... abang Zul... abang Maruz... Filza tak boleh terima abang Maruz sebagai tunang Filza." Itulah ayat yang tercetus di bibirku.

"Kenapa, Filza?" tanya Zul Fadli.

"Siapalah Filza, abang? Filza ibarat anak patung tak dapat berjalan dengan sendiri, apatah lagi untuk menyintai orang lain. Filza tak layak.... tak layak!!" jeritku.

"Itu cuma kata Filza bukan buat diri abang Maruz, Filza. Tolong jangan lukai hati abang."

Aku cuma mampu menahan kepiluan. Aku tak dapat berbicara. Lalu mengerakkan kerusi roda meninggalkan kumpulan manusia itu. Hatiku mula diselubungi serba salah. Pertanyaan yang bakal mencorak masa depanku. Entah aku pun tak dapat menjawab pertanyaan itu.

Dalam kamar aku membuka radio. Dan saat itu irama 'Pasrah' nyanyian Erra Fazira kedengaran di corong radio. Aku tersentak. Pintu kamarku di ketuk. Aku melemparkan sekuntum senyuman kepahitan. Mama membelai rambutku.

"Filza... papa dan mama tak akan paksa Filza menerima Maruz. Mama cuma berharap Filza dapat bersama dengan insan yang menyintai Filza." Aku merenung tepat ke arah anak mata mama.

"Kalau mama ingin Filza hidup bahagia, mama je le buat keputusan." ujarku.

* * * * * * * * * *

Dah lama aku terlantar di kerusi roda. Hari ini aku berniat untuk tidak menggunakannya. Aku menuruni anak tangga. Beberapa pasang anak mata memandangku dengan senyuman terukir di wajah mereka.

"Filza... abang tak percaya le, adik abang nie dah boleh berjalan. Bila boleh berjalan nie? Maruz tak pernah beritahu pun."

Aku melabuhkan punggungku di kerusi. "Bila atau siapa, itu tak penting. Yang pentingnya, Filza dah boleh berjalan."

"Filza hari nie nak buat apa? Kalau tak ada apa-apa, papa nak minta tolong Filza ambil mama dan papa Maruz kat airport." ujar papa. Alangkah terkejutnya aku pada saat itu. Anak mataku mencari-cari Maruz. Entah ke mana hilangnya.

"Filza... papa tanya tu." Suara mama mengejutkan aku.

"Baik le, papa. Lagipun Filza tak ada kerja, dari lepak je baik Filza buat kerja yang berfaedah." ujarku.

"Filza... kau tu nak jemput mertua. Jangan pula berpakaian selekeh. Takut nanti terkeluar bijik mata mertua kau tu... he... he... he...." usik abangku. Aku cuma menjeling tajam ke arahnya.

Debaran hatiku kian memuncak sebaik sahaja menjejak kaki di dalam airport. Mataku giat mencari-cari orang tua Maruz. Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian segak telah menarik pandanganku. Alangkah terkejutnya aku rupa-rupanya lelaki itu adalah Namaruzzaman. Aku cepat-cepat bersembunyi. Tiba-tiba bahu kiriku di pegang. Aku terus menoleh ke belakang dan kelihatan sepasang suami isteri yang tersenyum memandangku.

"Uncle... auntie... ingatkan siapa tadi? Dah lama sampai ke?" Aku tercari-cari lelaki tadi.

"Uncle dan auntie baru je tiba. Filza kau cari siapa tu?"

Aku tersentak. "Tak de le, uncle. Kalau tak ada apa-apa uncle, kita balik sekarang."

"Tunggu le dulu, Filza. Kita tunggu anak bongsu uncle."

Aku cuma menurut sahaja. Rasa bosan juga menanti. Auntie memandang aku dari hujung rambut ke hujung kaki. Aku berasa rimas pula. Uncle mengukirkan senyuman pada wajahnya.

"Ha... Man, ke mana kau pergi? Dah lama mama dan papa tunggu, lebih-lebih lagi bakal kakak ipar Man." Tercetus di bibir uncle. Aku memandang wajah lelaki tersebut.

"Filza...kau ke kakak iparku? Tak sangkakan dunia nie terlalu kecil untuk kita bertemu semula." Hatiku terasa tersinggung dengan sindiran itu.

Tanpa aku sangka mama dan papa akan balik awal hari ini. Setelah menjejak kaki ke dalam banglo itu, aku terus menuju ke dalam bilik. Tapi langkahku terhenti bila aku terpandang surat di atas rak buku. Aku terus mencapainya.

'Surat dari hospital' bisikku. Aku terus membukanya. Wajahku tiba-tiba berubah. Seolah-olah tak percaya apa yang aku bacakan. Papa memanggilku. Aku terus menuju ke ruang tamu. Lalu melabuhkan punggung di sofa. Uncle dan auntie tak berhenti-henti memuji aku. Man pula memandang ke arahku.

"Uncle.... auntie... mana abang Maruz? Belum balik ke?" tanya Man.

"Belum lagi, maybe kat hospital. Dia tu sibuk sangat dengan kerjanya sejak akhir-akhir ini." Aku memandang ke wajah mama.

"Tak sangka uncle, Man boleh jumpa Filza lagi."

"Apa maksud, Man? Uncle tak faham."

"Mama... papa... betul ke nak abang Maruz tunang dengan Filza nie?" Tiba-tiba je Man bertanya. Aku cuma berdiam diri.

"Uncle, bukan Man nak kata bukan-bukan tentang Filza nie. Tapi mampu ke dia setia dengan abang Maruz nanti?"

Maruz dan abangku tiba-tiba muncul. Wajah Maruz kelihatan ceria. Namun dapat aku menduga pelbagai persoalan bermain di kotak fikirannya.

"Mama... papa... dulu Man bercouple ngan Filza tapi tak sangka pula yang Filza boleh jatuh hati kat abang Maruz." Papa seolah-olah tak percaya. Mama merenungku. Aku menjadi serba salah.

"Man... apa yang kau merepekkan nie?" tegah auntie.

"Filza.... Man nak katakan kau tak layak menjadi kakak ipar Man."

"Man... diam!" teriak Maruz. Dia betul-betul marah. Man tak dapat berkata apa-apa.

"Maruz... mama rasa kita batalkan saja pertunangan kau dan Filza." Papa dan mama diam seribu bahasa. Rasa malu menebal di wajah mereka.

"Mama.... Maruz yang nak mendirikan rumahtangga dengan Filza bukan Man or mama dan papa."

"Maruz, kau dah pandai membalas kata mama. Nie tentu Filza yang ajar."

"Okey... macam nie je. Kita batalkan saja pertunangan ini." Papa memberitahu. Entah mengapa papa boleh marah betul hari ini.

"Uncle, auntie, abang Maruz dan all of u.... please.... Filza merayu jangan le gaduh kerana Filza." Aku membuka mulutku. Sejak dari tadi asyik berdiam diri je. Tiba-tiba satu tamparan singgah dipipiku. Aku bagai tak percaya, selama ini papa tak pernah menyentuh pipiku.

"Papa... kenapa tampar, Filza?" Abang cuba membela aku.

"Papa malu.... malu kerana dapat anak macam adik kau, Zul. Seolah-olah dia tak ada maruah. Papa kesal," tegas papa.

"Kenapa dulu papa tak buang saja, Filza? Kenapa? Kenapa tak bunuh je Filza, papa? Filza cuma tahu malukan papa je... susahkan papa...." Aku menangis. Maruz tercegat mendengar bicaraku.

Aku ingatkan hari ini penuh kegembiraan tapi sebaliknya hujan di tengah hari. Keadaan mula reda. Semua orang berdiam diri. Aku mula menyalahkan diriku. Maruz duduk di tepi aku. Dia membisikkan sesuatu... sesuatu perkara yang baru aku ketahui. Lalu aku bangkit. Tanpa disedari badanku tiba-tiba rebah. Suasana menjadi kelam kabut. Aku terus di bawa ke hospital.

Suasana makin menjadi cemas bila Maruz memberitahu sebab aku rebah. Semua orang menjadi kelu. Seolah-olah tidak percaya. Ia bagai satu mimpi. Baru semalam aku dilahirkan dengan tubuh yang sihat tapi sekarang dengan sekelip mata aku akan menuju ke alam baru.

"Zul, kenapa tak beritahu papa hal nie?"

"Zul... Zul... tak tahu papa sebab Maruz yang menjadi doktor Filza selama ini." Uncle memegang bahu papaku. Dia memohon maaf atas kejadian tadi. Baru dia mengerti mengapa Maruz sanggup beristerikan Filza. Man cuma berdiam diri. Dirinya diselubungi dengan rasa kesal.

Sebentar kemudian, aku diletakkan di dalam bilik khas. Maruz sibuk menjelaskan perkara tersebut. Aku membuka mata. Satu senyuman aku ukirkan buat Maruz.

"Filza... maafkan uncle dan auntie."

Aku cuma mengangguk. Aku cuba bangkit dari katil tapi ditegah oleh Maruz.

"Mama... papa.... maafkan Filza. Filza tak sengaja nak lukakan hati mama dan papa. Bagi Filza.... Filza rasa bahagia kerana selama nie papa dan mama telah membantu Filza untuk teruskan hidup sampai ke tahap ini. Filza tak dapat nak kata apa-apa lagi."

Tiba-tiba saluran pernafasan aku tersekat. Maruz cepat-cepat mengaturkannya. Semua ahli keluargaku dan Maruz bertambah risau. Namun begitu aku masih selamat.

"Filza... Man minta maaf." Man duduk di sampingku.

"Man... Filza... nak minta tolong Man." ujarku dengan lemah. Man mengiakan. "Bila Filza tak ada nanti, tolong Filza bagi satu warkah di dalam laci Filza kat abang Maruz. Walau apa pun terjadi, Filza tetap akan memaafkan semua orang Man termasuk diri Man." Sambungku lagi. Maruz tiba-tiba masuk. Aku terkejut. Wajahnya nampak resah.

"Filza okey ke?" Aku memegang tangan Maruz. Buat kali pertama aku menyentuhnya. Dia duduk di sisiku. Man keluar dari bilikku.

"Filza okey abang. Abang jangan le bersedih tau. Filza bukan nak pergi sekarang?"

"Filza, jangan le kata macam tu." Suaranya semakin lemah. Aku menyentuh wajahnya.

"Filza, Maruz akan cuba bantu Filza." Satu harapan buatku. Namun aku sedar ia takkan terjadi.

"Maruz.... Filza.... ya... Allah... abang sakitnya." Tiba-tiba aku meraung kesakitan.

Maruz menjadi cemas. Semua ahli keluargaku menemuiku. Maruz menggelengkan kepala.

"Ai... jangan le bersedih atas pemergiaan Filza nanti. Anggap je Filza tak pernah wujud. Entahlah kenapa semua perkara yang buruk terjadi pada Filza? Tapi sekarang mama... papa... uncle... auntie... abang... abang Maruz... Man tak perlu risau. Filza akan ke dunia lain." Tanganku memegang erat tangan Maruz.

Kini aku pergi buat selamanya. Maruz menutup mukaku. Satu ukiran senyuman terakhir sempatku berikan. Maruz cuma berdiam diri. Mama menangis kehilangan seorang anak.
Kehidupan mama dan papa mula berubah. Maruz membaca warkah terakhir dariku.


Buat insan yang menyintaiku,

Abang....Filza pergi ke dunia baru tapi hati Filza tetap bersama abang. Usahlah abang merindui diri Filza................

Maruz tidak dapat membaca habis warkah tersebut. Air matanya membasahi pipinya. Aku meninggalkan dunia ini dengan kenangan yang abadi. Agarku pergi dengan hati yang tenang. Takdir telah memisahkan kita. Alam baru menerimaku dengan tangan terbuka.



Hidup yang tidak memiliki tujuan
jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.

No comments: