Assalamualaikum





Welcome and Selamat Datang to Momzie's Chocblog.



Blog asal kepunyaan Nenek Kebayan ni dah diwariskan pada mama untuk tempek segala mcm mengenai cokelat dan juga aktiviti kelas cokelat mama.



KELAS ASAS 'HOMEMADE CHOCOLATE CANDY PADA 15/01/2011 JAM 2.00 PTG. YURAN RM250/-. DI BAYAN BARU, PENANG. SMS / TALIPON 019 5434174
- FULL HOUSE...


Saturday, January 16, 2010

Crispy Chocolate Bar

First time bila mama rasa.. hmmm mcm crispy bar yang kita beli di kedai.. hmm not bad...

Mama dapat resipi ni dari Sifu Mama http://www.homechoc.com/, sedapnya ada ooomph... maka jadi laa satu product baru dari mama.. and FYI.. kalau homemade chocolatier yang nak dapatkan wafer tu boleh laa contact Dr. Rahimah ya... kalau yang kat utara boleh contact mama.. lerrr.. mama boleh dapatkan untuk kengkawan....and laku sangat-sangat di sekolah di kalangan kengkawan anak-anak mama.. tiap2 hari disuruh buatnya.. masalah problem mama pulak.. hahaha.. mama ni dah takde kertas pembalut dan juga memang takde label.. muahahahaha

Ni resipinya ya....thank you sooo much Sifu... semuga rezekimu bertambah-tambah dengan mengongsikan ilmu yang sungguh berharga ni....

http://www.homechoc.com/2010/01/paillete-feuilletine-biskut-wafer.html

Ini resipi yang boleh dicuba:




Peanut butter crispy

200 gm coklat susu yang telah ditemper (atau compound)

20 gm peanut butter (atau paste kekacang lain eg hazelnut paste)

10 gm paillete feuilletine



Cara:

1. Campurkan peanut butter dan paillete feuilletine kedalam coklat susu couverture yang telah ditemper.

2. Masukkan kedalam mould coklat mengikut bentuk digemari, kemudian keraskan....bila dah jadi boleh dinikmati bersama keluarga.



...mana nak beli paillete feuilletine, bolehlah ke onlineshop kami.

1 comment:

~ Mummy Gee ~ said...

Mummy pun dah banyak kali buat choc ni, memang sedap. Anak2 ngan hubby suka sangat...