KERINDUAN
Oleh : Gadis^_^ikhlas
" Puan, hasil dari pemeriksaan, puan di sahkan hamil 2 bulan. Namun, " Kata-kata doktor muda terhenti di situ.
Dada ku terasa semakin kuat debarannya. Aku bersyukur, kerana akhirnya aku hamil, namun dari raut wajah doktor di depanku, membuatkan debaran dada ku berbeza dari rasa kegembiraan.
"Doktor, adakah bayi ini akan selamat?"
"Puan, kami lebih pentingkan kesihatan si ibu pada peringkat ini".
"Katakan doktor, saya hanya mahu tahu keadaan bayi ini". Perbualan bersama doktor peribadiku tengahari tadi masih terngiang-ngiang diruang minda. Sesekali aku akan membelai perut ku yang belum ketara kehamilan ku. Hati ku memuji kebesaran Illahi. Saat yang diri ku nantikan dan juga suami ku idamkan kini tiba. Tiba-tiba nama-nama pilihan ku bersama suami ku sebelum kami berkahwin dulu, muncul satu persatu di depan mata.
"Sayang, abang nak bagitahu sesuatu boleh tak?"
"Erm.. cakap lah bang, As dengar".
"Sayang, kalau kita dapat anak perempuan, abang nak namakannya Nur Hannani atau Nurul Aini.."
"Kalau lelaki, As nak namakan Muhammad `Izudin atau Muhammad Saifudin".
Demikian mesra perbualan pasangan kekasih suatu ketika dahulu. Hubungan kasih yang hanya di eratkan melalui perbualan telefon kerana berada di benua yang berlainan, begitu utuh sehingga ke jinjang pelamin.
Tin.Tin.. Lamunan ku terganggu, bila kereta di belakang ku membunyikan hon. Rupanya lampu isyarat sudah bertukar warna hijau. Aku mengisyaratkan bahawa aku akan menggerakkan kenderaan ku secepat mungkin. Terasa masa begitu lama. Aku ingin segera pulang dan mengkhabarkan berita kehamilan ku pada orang tuaku, mertua ku dan sanak saudara ku yang lain. Yang pastinya, akan ku khabarkan buat suami ku yang tercinta. Ketika membelok masuk ke halaman rumah ku, kelihatan kereta suami kuberada di ruang depan rumah. Sambil memperlahankan kereta dan mengambil kedudukan di sebelah kenderaan suamiku, aku mencari kelibat suamiku.
Di sudut halaman kelihatan suamiku menyiram pokok cili dan sayur-sayuran tanpa menyedari kepulanganku. Aku tersenyum sambil mengunci pintu kereta dan berjalan berjengket-jengket menghampiri suami ku.
"Assalamualaikum abang......" Aku memberikan salam sambil menyucuk pinggang suamiku.
Suami ku terkejut dan berpusing. Aku tak sempat mengelak diri daripada terkena pancuran air yang keluar dari hos getah di tangan suamiku.
"Wa alaikumusalam sayang..... Ha...kan dah kena tu. Nakal nya isteri abang ni...." Hisyamudin, suami ku tercinta, tersenyum nakal. Penuh misteri.
Aku segera berlari meninggalkannya. Suamiku mengejar dari belakang sambil cuba memancutkan air ke arahku. Seperti budak-budak yang main perang air. Demikian lah keadaan kami berdua.
"Abang, dah la tu. Malu kalau jiran tengok." Aku cuba mengalah. Suami kutergelak dan menutup kepala paip.
"Okay, abang masuk dulu, sayang tunggu abang. Abang ambil tuala." Aku hanya mengangguk dan membuka `boot' belakang kereta ku dan mengambil semua barang-barang yang ku beli dari supermarket tadi. Malam ini aku akan menjamu suami ku dan mengkhabarkan berita gembira ini.
****
"Alhamdulillah, sedap sayang masak malam ni." Suami ku memuji masakan ku ketika ku letakkan cawan kopi di depannya.
"Malam ni jer ke bang? Malam yang lain tak ker?" usik ku. Aku menjeling manja pada suami ku.
"Tiap-tiap malam sedap..Cuma malam ni special sikit rasanya. Ada apa-apa ker?" suami ku cuba memancing.
Aku tersenyum dan duduk di lantai, hampir dengan kaki suami ku. Aku menongkatkan dagu ke lutut suami ku. Terasa tangan suami ku membelai lembut rambut ku. Aku melepaskan keluhan pendek. Bersedia mengkhabarkan berita yang mengejutkan ini.
"Abang, As rasa, Hananni atau Aini atau `Izudin atau Saifudin....nak datang la bang" aku memberikan klu pertama.
Tiba-tiba tangan suami ku terhenti di ubun-ubun kepalaku. Tangan di bawah daguku, segera dicapai dan dia menyentuh lembut daguku. Wajahku di angkat menatap wajahnya. Kelihatan kerut halus di dahi suamiku.
"Sayang, cuba jelas kat abang, apa yang sayang maksudkan dengan nak datang tu?" kedengaran suara suamiku bergetar.
Aku cuba memberikan senyuman, namun suami ku tidak membalasnya. Masih jelas kelihatan kerutan di dahinya.
"Abang, As pergi klinik tadi....." Kata-kata ku tersekat. Terasa seperti ada bebola besar menghalang di kerongkong ku.
Suamiku mengalih kedudukan. Dari kerusi, dia beralih duduk bersama ku di lantai tanpa melepaskan pandangannya dari wajahku.
"Kemudian...? Doktor kata apa sayang?" Suamiku meminta penjelasan.
Tangan ku di genggam erat. Sebelah tangannya membelai lembut pipi ku.
"As... hamil. Dah 2 bulan bang....." Aku melepaskan nafas kelegaan.
Ku tatap raut wajah suami ku dengan penuh kasih sayang. Sedikit senyuman mula terukir di sudut bibirnya. Wajah ku di raup dengan kedua belah tangannya. Satu kucupan lembut menyinggahi dahi ku dan kedua belah mataku.
"Sayang, abang bahagia. Alhamdulillah. Abang nak buat sujud syukur." Suami ku terus berdiri dan meninggalkan ku keseorangan di ruang tamu.
Aku masih teringat ketika kali pertama aku menghubunginya melalui telefon dahulu. Selesai perbualan di telefon, dia melakukan sujud syukur. Ketika ku tanyakan, kenapa berbuat demikian, suami ku menjawab, apa yang dia idamkan selama ini Allah makbulkan. Kemudian sejurus ijabkabul, dia melakukannya lagi. Di hadapan ku, ketika aku telah sah menjadi isterinya. Di hadapan sanak saudara ku, di dalam bilik pengantin kami, dia melaksanakannya. Ketika itu, aku lah perempuan yang bertuah kerana memiliki suami sepertinya. Sehingga saat ini, masih ku rasakan betapa bertuahnya diriku dan bakal anak-anak kami nanti, memiliki pembela keluarga sepertinya. Seketika, ku pejamkan mata. Terasa pelupuk mataku hangat bergenang airmata. Ya Allah, tidak putus-putus ku panjatkan kesyukuran. Semoga kegembiraan suami ku berkekalan. Hati ku berseru lembut sambil mengusap perut ku yang masih kempis, Wahai anak-anak ku, kalian lah penghubung kasih ku. Entah berapa lama aku berkeadaan demikian, tiba-tiba terasa satu kucupan lembut di dahiku. Ku buka mata, dan di depanku, suami ku berlutut dan tersenyum. Wajahnya penuh kasih sayang. Aku ingin menikmatinya selama mungkin. Ku rebahkan kepala ku ke dadanya, dan suami ku membisikkan kata-kata cintanya. Malam itu, ku nikmati sentuhan kasih suami ku seperti malam pertama kami bersatu. Namun di penghujung sentuhannya, terasa airmata ku mula bergenang lagi. Hati ku terasa sebak secara tiba-tiba. Abang, As cintakan abang selamanya.
****
"Sayang, cukup lah tu. Penat nanti. Biar abang siapkan....okay?" Hisyamuddin menegur isterinya yang asyik menanam bunga kemboja merah di tepi batas sayur-sayuran mereka. Dia tersenyum bangga sambil melirik tubuh isterinya yang telah sarat 8 bulan mengandung. Sehingga saat ini, isterinya masih aktif berkebun, masih ligat membuat kerja rumah. Baru hari semalam dia menyerahkan surat permohonan cuti selama 3 bulan tanpa gaji. Sedikit pun tidak timbul rasa kesal di hatinya kerana tidak memperolehi gaji dalam 3 bulan ini. Dia ingin terus bersama isterinya. Berada di sisi isterinya sehingga saat melahirkan pasangan kembar mereka. Pasangan kembar mereka. Sememangnya satu anugerah yang tidak ternilai buat mereka suami isteri. Setelah beberapa kali disahkan bahawa isterinya tidak boleh mengandung, mereka tetap berusaha. Tidak kira dengan cara rawatan tradisional, ataupun moden. Mungkin inilah kesan yang terhasil melalui pil-pil yang diambil oleh isterinya. Kini penantian mereka berakhir, bukan seorang malah sepasang kembar akan menambah keharmonian rumahtangga mereka. Hisyamuddin berlalu ke pintu belakang. Dia ingin menyediakan minuman kegemaran isterinya. Milo ais. Dia tersenyum bila melihat susunan botol susu bayi dan beberapa perkakas untuk bayi yang bakal tiba. Sambil bernyanyi kecil, dia mula menjerang kan air. Dia tidak sedar Asmah sudah berdiri di muka pintu dapur.
"Hai, gembira nampaknya ayah si adik ni?" Kedengaran lembut suara isterinya menegur. Dia berpaling sambil tersenyum. Isterinya yang tercinta kelihatan amat cantik petang itu. Wajahnya begitu berseri seperti pengantin perempuan yang baru di kahwininya 5 tahun lepas.
"Sayang, abang tengok sayang ni cantik lah. Macam baru kahwin jer raut wajah sayang" Hisyamuddin tersenyum.
Kelihatan pipi isterinya bertukar warna. Kemerahan kerana malu. Dia tertawa melihat perubahan isterinya. Rasa cintanya semakin mendalam. Engkau lah bidadari ku, dunia dan akhirat sayang...bisik hatinya. Asmah melangkah perlahan ke arah suaminya. Bibirnya menguntum senyum. Hisyamuddin terasa jiwanya melayang. Senyuman bidadarinya begitu mempersona. Hai, bertuahnya diriku memilikimu bidadariku.
Lamunannya terhenti bila isterinya bersuara. "Abang, dah mula ambil cutikan? Erm... apa kata kalau kita balik kampung hujung minggu ni?" cadangan isterinya memang dah lama bermain di fikirannya.
Dia bersetuju dan mencadangkan agar mereka singgah ke rumah Usu nya sebelum tiba ke kampung halaman. Isterinya tersenyum lagi, manis dan berlalu menuju ke ruang tamu di depan. Hisyamuddin hanya memerhati langkah lemah isterinya. Susuk tubuh isterinya jauh berubah semenjak mengandungkan pasangan kembar mereka. Tidak terfikir olehnya akan kepayahan isterinya setiap saat menjaga dan merawat kandungannya. Sekali-sekala kedengaran erangan isterinya ketika tidur. Tidak tahu apa mimpi perit isteri. Kalaulah kepayahan dan kesakitan sepanjang isterinya mengandung boleh berpindah tubuh, ingin sahaja dia menanggungnya. Namun, setiap hari, isterinya tetap tersenyum manis menyediakan sarapan untuknya. Tetap setia menyambutnya di pintu rumah dan tetap manja berbaring di ribaannya. Jauh di sudut hatinya berdoa, Ya Allah! Permudahkan kelahiran anak-anak kami. Selamatkan lah bidadari ku ini.
****
"Din, mana bini kau? Senyap jer, tak dengar pun suara dia." Tegur Mak Lijah.
Di sorong talam kopi pekat dan kuih bahulu ke tengah meja. Semenjak dua hari ketibaan anak lelaki sulung dan menantunya ke kampung,hatinya begitu gembira. Apatah lagi dia akan menyambut kelahiran cucu kembarnya tak lama lagi.
"Ada kat luar mak. Katanya nak tengok pokok cili kat kebun belakang" Hisyamuddin menjawab sambil lewa.
Kopi pekat dan kuih bahulu, juadah kegemarannya. Sedikitpun dia tidak melihat raut wajah maknya yang kelihatan agak gelisah memikirkan isterinya. Dia lebih faham perangai isterinya. Pantang di larang, makin nak buat.Apa lagi dengan pokok cili yang mereka tanam 5 tahun lepas, kali pertama isterinya bertandang ke rumah ibunya. Setiap kali pulang kampung, pokok cili tu juga yang di lawat oleh isterinya.
"Din, panggil lah dia sat. Bini dah sarat tu, takkan nak biar keluar sorang." Mak Lijah memerintah anak lelakinya.
Sebenarnya, semenjak pagi tadi hatinya di landa kerisauan. Tanpa di sedari oleh menantunya, dia menyaksikan menantunya terbongkok-bongkok ditepi telaga. Masih jelas kedengaran erangan halus keluar dari mulut menantunya. Sesekali kedengaran suara seperti memuntahkan sesuatu. Hisyamuddin mengangkat muka, memandang ibunya. Dahinya berkerut seketika. Nada suara ibunya berlainan sekali.
"Kenapa mak? Din rasa lain macam jer mak petang ni." Dia memegang tangan ibunya.
Ibunya hanya mengeluh. Seperti sesuatu yang berat di tanggung oleh ibunya.
"Din, bini kau tu, sihat ker?" Hisyamuddin terkejut dengan soalan ibunya.
Pada jangkaannya, mungkin orang tua mempunyai firasat tertentu. Setakat ini, dia melihat isterinya sentiasa ceria cuma adakalanya letih.
"Insya Allah, As sihat mak. Cuma katanya agak letih sebab jauh perjalanan nak ke mari. Katanya sehari dua okay lah dia tu"
Dia cuba mengurangkan kegusaran hati ibunya. Namun kegusaran hatinya pula bertambah. Segera dia berdiri dan berlalu ke pintu belakang untuk mendapatkan isterinya. Ketika melalui batas kebun sayur, kelihatan kelibat isterinya membersihkan batas kebun cili. Semakin hampir, semakin di perlahankan langkahnya. Isterinya menyedari kehadirannya, dan mendongakkan kepala. Wajah kemerahan di basahi peluh. Satu senyuman terukir dibibir isterinya. Isteriku. Hanya itu ucapan di hatinya.
"Abang ingat lagi tak?..." Soalan isterinya terhenti setakat itu.
Dia berfikir dengan soalan isterinya. Dia duduk mencangkung di sisi isterinya sambil tangan nya ikut sibuk mencabut rumput-rumput kecil di batas pokok cili.
"Ingat apa sayang?..." Dia memohon penjelasan dari isterinya.
"Dulu... masa kita baru bertunang, abang kata, kita tanam pokok-pokok cili kat kebun rumah. Sebab abang suka asam pedas dan masakan lemak cili api." Hisyamuddin berpaling memandang wajah isterinya. Dia turut mengukir senyuman.
Memang itu permintaannya pada awal pertunangan mereka. Kenangan percintaan mereka memang masih utuh di ingatannya. Terasa seolah baru semalam berkenalan dengan isteri nya.
"Sayang..... I love you." Dia meraih tangan isterinya.
Walaupun tercemar dengan tanah kebun, dia tetap mengkucupnya. Isterinya tersenyum dan membalas ucapan nya.
"I love you too bang. Hanya Allah yang tahu hati dan cinta As pada abang." Pengakuan isterinya membuatkan dirinya terharu.
Segera di paut bahu isterinya, dan berdiri. Isterinya turut berdiri. Di usap lembut perut isterinya. Hatinya begitu bahagia. Semoga esok kebahagiaan ini tetap bersamanya. Dari kejauhan, Mak Lijah tersenyum memerhati gelagat anak lelakinya bersama menantunya. Di hatinya tidak habis-habis berdoa, Ya Allah! Bahagiakanlah mereka, dunia dan akhirat.
****
Hari semakin hampir. Terasa debaran di hati semakin kuat. Aku berpaling ke sebelahku. Suami ku terlena sambil memeluk ku. Tangan nya terletak di atas perut ku yang sedang sarat mengandungkan anak kami. Nafasnya perlahan, terasa hangat ke bahuku. Begitu tenang sekali raut wajahnya.Ku letakkan tangan di atas tangan suami ku. Sesekali terasa gerakan halus anak-anak kami. Agaknya mereka merasai pelukan dari abi dan ummi mereka. Sudah seminggu kami berada di kampung. Sambutan sanak saudara suamiku begitu mengharukan. Kakak iparku iaitu kak kedua suamiku, begitu sibuk membantuku untuk persiapan bersalin nanti. Aku memilih untuk melahirkan anak-anak kami dikampung halaman suami ku. Walaupun ayah dan ibu ku mahukan aku bersalin di negeri kelahiran ku, namun permintaan suamiku perlu ku dahulukan. Akhirnya, adik-beradik serta orang tua ku mengambil keputusan untuk datang bertandang ke rumah mertua ku seminggu sebelum aku di jangkakan bersalin. Ah...ada lagi 2 minggu untuk sampai ke tempoh itu. Tiba-tiba terasa sakit menusuk ke bahagian sebelah kanan perut ku. Aku hanya mampu mengerutkan dahi. Menahan kesakitan yang ku alami semenjak kehamilan ku berusia 4 bulan. Ku cuba menggigit bibir. Menahan semampu yang boleh. Namun terasa seolah kesakitan kali ini berlainan. Ia seakan menyengat sehingga ke pangkal dada. Dan aku terasa seolah sekeliling ku berputar. Suara cengkerik di luar rumah semakin sayup kedengaran. Seluruh tubuhku terasa semakin dingin. Cuma satu yang dapat ku lakukan. Ku cengkam tangan suamiku.....
****
Hisyamuddin terjaga. Terasa tangannya kebas dan pedih. Namun pandangannya terhenti di wajah isterinya yang sedang berkerut menahan kesakitan. Hisyamuddin bingkas duduk dan memegang bahu isterinya.
"Kenapa sayang?... Sakit kat mana?..dah sampai masa ker?" bertubi-tubi soalan di tujukan.
Namun isterinya tetap tercungap-cungap sambil mencengkam lengannya menahan kesakitan.
"MAK... KAK LONG.....!!!!" Dia menjerit sekuatnya. Jeritannya cukup kuat mengejutkan seisi rumah.
****
Dia merenung wajah isterinya. Kelihatan lemah dan tidak bermaya. Serkup mulut yang membekalkan oksigen untuk isterinya sudah tiga hari dipasang. Namun tidak sedikitpun tanda-tanda isterinya akan sedar. Jari jemari isterinya disentuh lembut. Terasa dingin. Di kucup satu persatu jari halus isterinya. Pemandangan sambungan wayar dan hos-hos kecil ke lengan dan seluruh tubuh isterinya sebagai bekalan glukos dan nutrien tubuh, merobek hati nya. Setitis demi setitis air matanya mengalir. Dia tidak perduli egonya hilang di saat itu.
"Sayang, abang dah lihat Nur Hannani dan `Izuddin. Mereka sihat sayang, Cuma rindu kat ummi mereka." Dia terus berbicara seolah-olah isterinya mendengar setiap ucapannya.
Di kucup tangan isterinya. Masih dingin. Mak Lijah tidak dapat menahan sebak dadanya. Sehingga ke hari ini, keadaan anak lelakinya tetap seperti itu. Tetap setia di sisi katil isterinya. Besannya pun tetap setia melawat bilik wad menantunya. Kelihatan anaknya berdiri. Dia turut menegakkan badannya. Anaknya menoleh memandangnya.
"Mak, Din nak tengok anak-anak dulu. Lepas tu nak solat asar dahulu. Kalau apa-apa perubahan, panggil doktor cepat-cepat yer." Pesan anaknya.
Dia hanya mengangguk. Lalu mengambil tempat anaknya di sisi katil menantunya. Hisyamuddin merenung tangan kecil Nur Hannani. `Izuddin sedang lena tidur. Hanya Nur Hannani masih terjaga. Sesekali kedengaran esakan kecil dari mulut anak perempuannya. Dia mengangkat tubuh kecil dan mencium pipi anaknya bertubi-tubi. Hatinya terasa sebak tidak terkata. Kalaulah Asmah ada bersama....... Ahhh...As, lihatlah anak-anak cinta kita ini. Ya Allah! Ku terima anugerahmu. Bukti cinta kami. Ya Allah! Selamatkanlah kekasihku, isteriku, ibu pada anak-anakku ini. Itulah munajatnya di setiap penghujung solatnya. Saban hari air matanya tetap mengalir. Hisyamuddin berdiri di muka pintu. Matanya tidak berganjak dari memandang sekujur tubuh isterinya. Kenapa sayang? Kenapa sayang simpan derita ini berseorangan? Kenapa biarkan barah itu bersarang di perut dan hati sayang? Kenapa sayang tanggung seorang? Kenapa? Kenapa?!! Hatinya bermonolog sendiri. Kenyataan dari doktor keluarganya seperti hentakan batu besar ke tubuhnya. Suami jenis apa kau ni? Derita isteri kau biar dia tanggung seorang. Satu suara lain menuduh dirinya. Dia tertunduk menangis. Terasa bahunya di sentuh. Rupanya ibu nya sudah berdiri di sisinya.
****
Tempat apa ini? Terlalu dingin dan sepi. Mana kesakitan yang ku tanggung tadi? Ku lihat sekeliling. Semuanya kabur. Terasa tubuhku dalam kedinginan. Ku cuba pejamkan mata. Dan buka kembali. Suami ku. Suami ku berdiri di muka pintu. Kenapa dia menangis? Aku cuba gerakkan tanganku. Terasa pedih. Terasa dingin. Ku kuatkan hatiku. Ku gagahkan tubuhku. Ku gerakkan tanganku. Terasa sedikit pergerakan. Ku sentuh perutku. Kempis! Di mana anak-anak ku? Fikiran ku ligat. Ah.. malam itu. Kesakitan itu. Saat itu lah aku akan melahirkan zuriat ku. Di mana mereka sekarang?..
"Abang..?" Aku cuba bertanya suami ku.
****
"As.... Sayang. Sayang dah sedar?" Hisyamuddin memeluk isterinya. Di kucup dahi isterinya berkali-kali.
"Mak, panggil doktor mak....cepat".
Mak Lijah tercegat kelu di muka pintu. Maha suci Allah...Dia kehilangan upaya secara tiba-tiba. Namun suara arahan anaknya membuatkan dia segera berlalu memanggil sesiapa sahaja yang berkenaan di luar bilik.
"Abang.... Ah..anak-anak mana bang?" Asmah bertanya.
Namun segera di tahan suaranya bila merasa tusukan perit di dadanya. Nafasnya terasa sesak.
"Sayang...jangan cakap apa-apa dulu. Ani dan Idin sihat sayang.. Rindu kat ummi mereka".
Hisyamuddin membahasakan nama manja anak-anaknya. Hatinya tidak berhenti-henti bersyukur mendengar suara isterinya. Di muka pintu, seorang doktor muda bersama jururawat melangkah masuk.
"Encik Hisyamuddin, boleh keluar sekejap tak?"
****
"Mereka comel kan bang?.... Idin nanti macam abang. Belajar agama..jadi pembela agama." Asmah memangku `Izuddin di pangkuannya. Nur Hannani lena di pangkuan Hisyamuddin.
"Sayang, terimakasih sayang. Membawa benih cinta kita ini ke dunia.... I Love You." Hisyamuddin mengucup dahi isterinya. Namun, di kelopak matanya tetap bergenang airmata. Dia cuba menahannya semampu mungkin. Asmah, isterinya tersenyum. Wajahnya begitu ayu. Rasanya cintanya melimpah ruah terhadap isterinya. Bidadari dunia dan serikandi cintanya.
"Sayang... anak-anak dah tidur, abang kena hantar mereka ke nursery. Sekejap lagi, mak dan ayah akan datang melawat." Dia memaklumkan waktu menyusukan anak telah habis.
Di ambil tubuh kecil `Izuddin dan di letakkan di sisi Nur Hannani. Sebelum berlalu keluar. Dia mengucup dahi dan mata isterinya sekali lagi.
"Sayang tunggu abang yer, abang pergi sekejap jer." Dia berlalu keluar. Ketika di luar biliknya, air mata yang tertahan mengalir keluar. Namun hatinya redha. Isterinya tetap akan meninggalkan nya. Doktor telah mengatakan, sel-sel barah telah memakan sebahagian organ dalaman isterinya. Menghitung hari. Hatinya perit memikirkan hari-hari yang bakal tiba. Ya Allah! Tabahkan hatiku.
****
"Mak, Din balik hari ini. Tolong kemaskan barang-barang Ani dan Idin. Baju-baju As biar Din kemaskan." Hisyamuddin memberitahu ibunya.
Raut wajahnya muram. Semuram langit petang itu.
"Mak, Din keluar sekejap yer..." Mak Lijah hanya mengangguk lemah.
Sayang. Abang datang untuk kali terakhir. Ani dan Idin perlu pulang ke mahligai kita. Mereka akan menyaksikan agung cinta kita. Hisyamuddin bersila di sisi pusara isterinya. Nisan yang masih baru dan tanah yang masih merah mengundang nostalgia terakhirnya bersama isterinya.
"Abang, ... As tak tahan bang. Izinkan As bang." Asmah menarik nafas dalam kepayahan.
"Sayang....abang redha sayang. Jika ini yang terbaik, abang kembalikan sayang pada yang berhak" Hisyamuddin mengenggam tangan isterinya.
"Abang....ampun kan dosa-dosa As... Halalkan semuanya bang."
"Sayang.... Isteri abang dunia dan akhirat. Abang ampunkan. Sayang.... I Love you..."
"Abang... I Love you...abang...peliharalah cinta kita dengan baik yer bang... Ani..Idin...kasih As selama-lamanya untuk abang..."
"Sayang....mengucap sayang... Ashadu anla Ilaha Ilallah..."
"Ashadu ...Anla Ilaha..Ilallah....."
"Wa asyhadu anna Muhammaddur Rasulillah..."
"Wa Ashadu anna..Muhammaddur..Rasulllah." Pergilah sayang. Engkaulah isteriku dunia dan akhirat. Hisyamuddin tersentak bila mendengar beduk Asar berbunyi dari surau yang tidak jauh dari pusara isterinya. Dia membaca surah Al-fatihah sebagai sedekah ikhlas buat isteri tercinta.
****
Suasana rumah agak gelap. Di petik suis lampu. Keadaan rumah tetap seperti yang di tinggal. Cuma bunga mawar telah layu di jambangan. Wangian rumah semakin kuat mencengkam ingatan pada isterinya. Dia meletakkan anak-anaknya di dalam buaian yang memang telah tersedia di ruang depan. Dia berdiri di tengah rumah. Menarik nafas panjang dan cuba tersenyum. Ya Allah! Peliharalah kami. Berikanlah kami kebahagiaan selamanya. Izinkan lah hambamu ini menyemai kasihnya selamanya. Dia menoleh ke arah buaian anak-anaknya. Dan berkata.....
"Sayang ku... di sinilah mahligai kasih ummi dan abi. Di sinilah abi bermanja di ribaan ummi. Di sinilah... di sini lah cinta dan kasih ummi akan bersama selamanya......"
TAMMAT
Colas Chocolates, Maule France
-
Koleksi gambar masa kenangan semasa berkunjung ke Colas Chocolate di Maule
France, kira-kira sejam dari Paris.
...bestnya alat-alat tulis pun co...
8 years ago
No comments:
Post a Comment